Bukan parti baharu tapi perbaharui parti lama
Shafie Apdal
SHAH ALAM - Bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari
ini hadir di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) Putrajaya
bagi memperbaharui
sebuah parti yang ditubuhkan pada 2013 di Sabah untuk didaftarkan menjadi parti politik barunya.
Mohd Shafie yang juga merupakan Ahli Parlimen Semporna berkata,
kehadirannya di ROS hari ini bukan untuk menubuhkan parti baharu
sebaliknya hanya mengemas kini sebuah parti untuk ditubuhkan semula
menjadi partinya.
"Hari ini alhamdullillah saya berkesempatan ke ROS... bukan pendaftaran
parti baharu sebenarnya kerana ia sudah didaftarkan... cuma ada
perubahan dari segi nama dan beberapa kandungannya, sekarang ini parti
itu sudah ada cuma hendak ambil alih parti itu dan kita telah serah
kepada pihak ROS dan kita yakin kita mematuhi segala kehendak dan
peraturan Jabatan itu," katanya.
Mohd Shafie tiba di ROS sekitar jam 9.35 pagi dan kelihatan terus memasuki bangunan tersebut.
Terdahulu, susulan daripada tindakan penggantungan jawatan beliau
sebagai Naib Presiden Umno pada Julai lalu, Mohd Shafie bertindak keluar
daripada Umno.
[ARTIKEL BERKAITAN: Shafie umum keluar Umno]
Ogos lalu, Mohd Shafie telah memberi bayangan beliau bakal menubuhkan parti tempatan baharu yang berpangkalan di Sabah.
Sementara itu, Mohd Shafie yang ditemui media hari ini bagaimanapun
enggan mengulas lanjut mengenai parti yang diperbaharui itu sehingga
urusan dengan ROS selesai.
"Nama parti ini nantilah saya umum waktunya, memang sudah ada di Sabah
ia didaftarkan berteraskan konsep pelbagai kaum," katanya.
Sementara itu ketika ditanya mengapa tidak menubuhkan parti baharu
sahaja, Mohd Shafie berkata, perkara itu akan mengambil masa.
"Parti baharu ambil masa, jadi sekarang ini mudah sedikit," katanya.
1 orang berkata:
Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.
Post a Comment