Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RM 100 KEBULOR


Dua anggota JPJ dituduh terima rasuah RM100
Dua anggota JPJ dituduh terima rasuah RM100
Erwan (tengah) ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Alor Setar.

ALOR SETAR – Dua pembantu penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Kulim dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar, di sini, atas pertuduhan menerima suapan berjumlah RM100.

Erwan Saidin, 34, dan Mohd Asri Ismail, 34, didakwa melakukan kesalahan itu pada 23 September 2015 di tepi jalan di Jalan Padang Meha menghala ke arah Jalan Sungai Karangan, Kulim kira-kira jam 12.32 tengah hari.

Masing-masing yang hadir dengan mengenakan baju-t berwarna hitam dan biru kelihatan tenang ketika berada di kamar mahkamah sementara menanti sebutan kes.


Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka dengan niat secara rasuah memperoleh suatu suapan iaitu wang tunai sebanyak RM100 daripada Azahar Ahmad, 47, sebagai dorongan bagi tidak melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal mereka sebagai ejen kerajaan.

Suapan itu supaya mereka tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Azahar yang memandu sebuah lori dengan lebih muatan yang merupakan kesalahan mengikut Kaedah 89 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembuatan dan Penggunaan 1959).

Mereka didakwa melakukan suatu kesalahan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) Akta yang sama dan dibawa bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Bagi kesalahan itu, anggota JPJ berkenaan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Kedua-dua tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Timbalan Pendakwa Raya, A.Hafiizh Abu Bakar mencadangkan supaya tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

Erwan ketika berada di kamar tertuduh kemudiannya merayu supaya dikurangkan wang jaminan.

“Saya minta kurang sebab isteri saya sedang sakit, ayah pula baru saja meninggal dunia. Saya harap dipertimbangkan,” katanya.

Mohd Asri juga turut membuat rayuan sama dengan alasan menjadi penanggung utama keluarga kerana isterinya tidak bekerja.

Hakim, Zainol Rashid Hussain membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 11 Oktober untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.