Parti baharu: Pas tak tergugat di Sabah
SHAH ALAM - Kehadiran parti baharu yang bakal dinaungi bekas Naib
Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Sabah tidak akan beri
kesan kepada Pas.
Ini kerana menurut Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas Pusat, Dr
Mohd Zuhdi Marzuki, Pas sudah bertapak kukuh di negeri itu sejak lama
dahulu.
Katanya lagi, peningkatan sokongan penduduk Sabah terhadap parti Islam
itu juga membuatkan Pas tidak goyah berhadapan dengan kehadiran parti
Mohd Shafie.
“Pada pandangan saya, kehadiran parti baru ini tidak akan menjejaskan penguasaan Pas di Sabah.
[ARTIKEL BERKAITAN: Parti Shafie, Muhyiddin bakal kerjasama?]
“Kita sudah bertapak lama di sana dan Pas juga semakin ke hadapan
secara konsisten dari semasa ke semasa,” katanya ketika dihubungi Sinar
Online.
Mohd Shafie sebelum ini mengumumkan mengambil alih sebuah parti politik di Sabah yang ditubuhkan sejak 2013.
Parti tersebut kini dalam proses pembaharuan dan permohonan untuk
pertukaran nama dan logo serta telah dihantar kepada Pejabat Jabatan
Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Mengulas lanjut, Mohd Zuhdi berkata, setakat ini, Pas tidak
membincangkan sebarang strategi sebagai persiapan untuk berhadapan
dengan parti itu.
“Setakat ini, kita tidak nampak kehadiran parti Mohd Shafie sebagai ancaman kepa
da Pas.
“Yang kita nampak adalah Sabah merupakan fix deposit kepada BN. Bukan
mudah untuk tewaskan BN di Sabah kerana sokongan rakyat di negeri itu
agak kuat buat BN,” katanya lagi.
7 orang berkata:
Parti bangkai PIS mmg menyemak kat muka bumi. Org semua dok sibuk nak lawan parti komponen BN di Sabah, Zuhdi bibir hitam ni dgn bongkaknya nak jadi batu api.
Kalau nak kalahkan BN atas sebab busuk hati. Tak payahlah .. tak akan berjaya.
Yang naik nanti lagi mungkin lagi teruk.
Tak goyah tapi tak bole gi mana2. Masuk calon pilihanraya cuma utk hilang duit pertaruhan...
Yang goyah kat kelantan. 99.9% kompom tegolek dog kena penangan 3 penjuru. Padan muka ko...
Kat selangor pom sama. Banyak adun, mp dan exco pas akan tegolek dog jugak. Padan muka.
Cakap banyak busar...
Habuk tarakkkkkk
Kahakkk ptuiiii
Lanjiauu laa
Telebih makan dedak ni
6 komen kat atas ni org yg sama agaknya patutlaa nadanya Bangkak,sombong+bodoh...jelasnya apa yg dikatakanya mcam org mabok,..tk berakal..
6 komen kat atas ni org yg sama agaknya patutlaa nadanya Bangkak,sombong+bodoh...jelasnya apa yg dikatakanya mcam org mabok,..tk berakal..
Post a Comment