Kaji semula hukuman ponteng solat Jumaat
PARIT BUNTAR - Kerajaan negeri Perak dan Jabatan Agama Islam Negeri
Perak (Jaipk) disarankan mengkaji semula syarat dan hukuman umat Islam
yang dikenal pasti ponteng solat Jumaat di negeri ini.
Adun Titi Serong, Abu Bakar Hussain berkata, saranan itu dibuat setelah pihaknya mendapati peraturan dan hukuman umat Islam tidak menunaikan solat Jumaat di bawah Seksyen 23 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Perak 1992 adalah tidak praktikal dan kurang munasabah.
Menurutnya, peraturan itu menetapkan sekiranya seseorang lelaki Islam tidak menunaikan solat Jumaat di masjid sebanyak tiga kali berturut-turut tanpa uzur syar'ie dan sebab-sebab munasabah akan disabitkan kesalahan denda maksimum RM1,000, penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.
"Saya melihat perlaksanaan tindakan penguatkuasaan terhadap peraturan itu amat sukar dilaksanakan Jaipk kerana syarat ponteng solat Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut amat sukar dibuktikan terhadap seseorang pesalah.
"Sepatutnya mana-mana umat Islam dikenal pasti culas solat Jumaat perlu terus dikenakan tindakan meskipun hanya sekali dan saya berharap hukuman enakmen jenayah syariah berkaitan Seksyen 23 dipinda dan ditambah baik segera,"katanya pada sidang media selepas perlaksanaan Kempen Jom Solat Jumaat peringkat Parlimen Parit Buntar di sini hari ini.
Kempen anjuran Pusat Khidmat Adun Titi Serong dengan kerjasama Unit Penguatkuasaan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Parit Buntar dilaksanakan julung kali melibatkan lapan pegawai penguatkuasa Jaipk dan 17 sukarelawan wanita dari Pusat Khidmat Adun Titi Serong.
Abu Bakar berkata, keperluan hukuman ponteng solat Jumaat dipinda kerana pemantauan dibuat di empat lokasi pilihan sekitar Parlimen Parit Buntar membuktikan masih ramai lelaki Islam tidak menghormati waktu solat Jumaat.
"Hari ini (semalam), seramai 25 pegawai penguatkuasa serta sukarelawan wanita ditugaskan mengedarkan 1,000 risalah Kempen Jom Solat Jumaat kepada orang ramai bermula jam 1.15 hingga 2 petang.
"Di samping itu, mereka turut memantau bilangan keseluruhan umat Islam ponteng solat Jumaat di lokasi Mydin Mall, Pusat Bandar Parit Buntar Fasa 2, premis kedai dan pasaraya di Pusat Bandar di sini dan sebuah restoran mamak berhadapan Masjid Al-Ridzuan, di sini.
"Hasil pemantauan, sejumlah 102 umat Islam dikenal pasti culas menunaikan solat Jumaat dan angka mengejutkan ini menunjukkan kesedaran umat Islam terhadap kewajiban menunaikan solat fardhu itu semakin terhakis,"katanya.
Abu Bakar berkata, meskipun kempen dijalankan bersifat mendidik dan menegur, namun beliau melihat keperluan enakmen jenayah syariah negeri Perak melibatkan Seksyen 23 dipinda segera bagi membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil terhadap pesalah.
Menurutnya, kesemua umat Islam dikenal pasti culas solat Jumaat berusia lingkungan 16 hingga 60 tahun, malahan turut melibatkan seorang pengusaha restoran dan pelajar sekolah.
"Sebahagian pesalah dengan selamba memberi alasan tidak sempat atau perlu memenuhi komitmen kerja apabila ditanya alasan culas solat Jumaat.
"Sebagai umat Islam, kita mempunyai kewajiban memenuhi tuntutan rukun Islam tanpa sebarang alasan dan sekiranya senario sebegini berterusan, imej agama Islam akan terjejas pada kaca mata pandangan masyarakat bukan Islam,"katanya.
Abu Bakar turut memberi jaminan akan meneruskan Kempen Jom Solat Jumaat pada masa hadapan.
"Selain itu, saya juga ingin menggesa majikan di seluruh Parlimen Parit Buntar memberi kelonggaran dan menggalakkan pekerja Islam meluangkan masa menunaikan solat Jumaat kerana ianya tuntutan agama," katanya.

2 orang berkata:
Pemimpin takfir yg suka mengkafirkan org lain dlm isu ruu 355 minta bertaubatlah. Ruu 355 bukan hukum Allah dan ruu 355 hanya untuk memartabatkan mahkamah syariah sahaja.
Selain bukan hukum Allah, ruu 355 masih belum dibahas. Belum dibincang buruk baiknya. Belum dinilai kesan pd mahkamah syariah. Belum apa2 pun. Jadi janganlah suka sangat menghukum jatuh iman kpd yg tidak menyokong.
Jangan jadi takfir spt kaum khawarij yg mendakwa Syaidina Ali sebagai kafir lantas membunuh Syaidina Ali yg telah dijanjikan syurga.
Bukalah minda dan ketahuilah bahawa ruu 355 bukanlah hudud dan bukan juga hukum Allah yg terkandung dalam al-Quran.
Golongan takfir nesti dipecat dari parti kita, pas yg memperjuangkan Islam sebenar. Baginda nabi Muhammad sendiri membenci golongan takfir ini. Sila rujuk guru agama anda dan bukan merujuk kepada pemimpin politik rakfir, harakah atau ceramah politik sahaja untuk mendalami ilmu agama kita.
Golongan pemimpin takfir (suka mengkafirkan orang lain) akan menjadikan masyarakat islam berpecah belah, solat 2 imam, tidak mahu menguruskan jenazah orang berlainan parti dan sebagainya seperti yg pernah berlaku di pantai timur dahulu.
Bila ada takfir yg mengkafirkan org lain, akan timbullah pula sahabat takfir mereka yg mencadangkan halal darah sesuatu pihak, berbunuh-bunuhan dan bermusuhan.
Golongan takfir menjadikan agama sebagai alat perpecahan umah sedangkan Islam menuntut umat islam bersatu padu dengan tali Allah. Golongan takfir memecahkan hubungan kekeluargaan sedangkan Islam menjadikan umatnya sebagai saudara. Itulah bahayanya takfir jika dipilih sebagai pemimpin apatah lagi jika dipilih untuk mentadbir negara.
Jika kita benar-benar mengaku Islam sebagai agama kita, jauhilah golongan takfiri ini. Mereka pandai berpura2 dengan bertopengkan janggut dan jubah sedangkan hakikatnya golongan takfiri ini amat dibenci oleh Nabi Muhammad SAW.
Post a Comment