Tuan Ibrahim: Pas boleh hidu kawan, lawan
SHAH ALAM - Sebagai parti lama yang telah berpengalaman dalam kerjasama
politik, Pas mendakwa mampu menghidu kawan mahupun lawan.
Sehubungan itu, Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
berkata, Pas kini sedang membina kekuatan blok politik ketiganya,
Gagasan Sejahtera bersama rakan yang sedia menerima dasar dibawa parti
Islam itu.
“Pas boleh mengenal ribut yang perlu diharungi melalui istiqamahnya,
mengenal keikhlasan kawan atau yang hanya ingin menumpang kekuatan Pas,
menghidu musuh dan kepura-puraan musuh yang ingin berkawan serta
menyedari ia tidak boleh lari dari kesilapan tapi sentiasa istiqamah
dalam memperbaiki kesilapan dan mengatasi kekurangan.
“Pas sedang membina kekuatan blok Gagasan Sejahtera walaupun pelbagai
cemuhan dibuat. Bagi Pas, ia lebih senang berpakat dengan yang jujur
dari yang hanya ingin mengambil kesempatan dalam muafakat,” katanya
dalam satu kenyataan.
Mac lalu, Pas membentuk blok politik ketiga dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) yang dipanggil Gagasan Sejahtera.
Dalam pada itu, beliau turut mendakwa parti itu dan Presidennya, Datuk
Seri Abdul Hadi Awang dijadikan sasaran pihak tertentu dengan pelbagai
tuduhan kurang enak, mutakhir ini.
Namun, Tuan Ibrahim berkata meskipun parti itu dijadikan ‘puching bag’,
masih ada pula yang mengharapkan untuk bekerjasama dengan parti Islam
itu.
“Hari ini, Pas dan Presiden Pas dijadikan ‘punching bag’ dengan
pelbagai tuduhan kurang enak terutamanya fitnah yang paling banyak
diulang iaitu kononnya nak kerjasama dengan Umno dan makan dedak Umno.
“Meskipun diserang, hari ini nampaknya ramai pula mengharapkan
kerjasama bersama Pas. Bukankah pelik untuk meminta kerjasama dengan
sebuah parti yang dituduh makan dedak Umno?,” katanya.
Menyentuh soal pilihan raya, beliau mendakwa ada parti yang memiliki
calon namun jentera dan petugasnya langsung tidak kelihatan semasa
berkempen.
“Kempen pilihan raya bukan sekadar menonjolkan calon yang kononnya
diiktiraf berwibawa dan boleh menang ketika pilihan raya mendekati
tetapi juga persediaan jentera dan petugas. Ada parti yang ada calon
tapi jentera dan petugas langsung tak nampak batang hidung.
“Lebih malang, ada parti yang melonggokkan poster calon serta bendera
di pejabat dan markas Pas meminta petugas Pas yang menguruskannya.
“Kalau parti setahun dua ditubuhkan, Pas sentiasa membantu dan
memaafkan kekurangan. Tetapi parti lama yang jenis yang hanya muncul
pada musim pilihan raya dan berucap berdegar-degar, maaflah,” katanya.
Tegasnya, Pas ingin membawa perubahan kepada sistem yang berpaksi
kepada kebenaran dan keadilan sebagaimana yang diwahyukan ALLAH SWT.
“Perubahan sistem bukan hanya berlegar kepada sistem sekular yang sama,
yang hanya menukar nama. Ada orang sinis dengan gagasan ini apa lagi
bila dikaitkan dengan Islam atau nilai Rabbani.
“Mereka merasa akal manusia lebih hebat dari apa yang diturunkan oleh
ALLAH. Pedulikan pandangan naif ini kerana kemanisan madu tidak akan
dapat dinikmati, melainkan orang yang meminumnya,” katanya.
2 orang berkata:
Hidu lah sangat....
Itu yang bersungguh sangat nak berkawan dgn umngok...
Ayatnya mcm ni ke ulama " Berkawan dengan orang Islam yang korup, pecah amanah, menindas rakyat dan perasuah lebih baik dari berkawan dengan kafir yang baik "
Pandai pulak mengatakan ada yg memfitnah Pas sebagi pemakan dedak umnobn,.yg Pas dan presidenya telah berkoyan koyan memfitnah sesama umat Dan belot dalam PRU 13 di Damansara tak ke Ingat,.?? Semuga Pas Dan Ularmak Nya terus Hidup sendirian hanya sebagi pendakwah mencari rezki dengan hanya tabung bergerak,.
Post a Comment