'Hubungan mesra Anwar - Dr M: Apa kata Puteri Anwar'
KUALA LUMPUR - Puteri kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha
meminta agar isu 'minta maaf' antara bekas Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad dengan ayahnya tidak perlu diungkitkan lagi.
NurulNuha berkata, apa yang penting sekarang adalah perkongsian sikap
kebersamaan mereka untuk mereformasikan agenda pembangunan negara.
"Saya rasa apa yang penting kita perlu bergerak kehadapan, persetujuan
mereka adalah mengenai agenda pembaharuan antara Mahathir dan Papa
(Anwar)...jadi apa yang papa buat adalah untuk kepentingan negara.
"Saya rasa itu tidak perlu lagi diungkitkan kerana sekarang saya sudah
katakan pada kenyataan yang lalu kami sekeluarga akan sokong pendirian
papa," katanya kepada media selepas selesainya forum Detik Tercetusnya
Reformasi di Kelana Jaya, malam tadi.
5 September lalu, Mahathir hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
bertujuan menyatakan sokongan terhadap permohonan Anwar bagi mencabar
Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.
Apa yang lebih menarik lagi, apabila sokongan itu disertakan dengan
tautan salam daripada kedua-dua pemimpin yang dikhabarkan sudah 18 tahun
'bermusuh'.
[ARTIKEL BERKAITAN: Aksi bersalaman Tun M-Anwar trending di media sosial]
Dalam pada itu, terbaharu Mahathir dan Anwar mengeluarkan kenyataan
bersama bagi menolak Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN).
[ARTIKEL BERKAITAN: Akta MKN: Tun M-Anwar keluar kenyataan bersama]
Perkembangan terbaharu ini sekaligus memperlihatkan dua seteru ini
yang dahulunya adalah musuh ketat tetapi kini kembali bertaut semula dan
semakin mesra.
0 orang berkata:
Post a Comment