Jangan kafirkan orang lain kerana RUU 355
Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor
GEORGETOWN - Jangan sesuka hati mengkafirkan orang lain disebabkan Rang
Undang-Undang (RUU) 355, demikian tegas Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr
Wan Salim Wan Mohd Noor.
Beliau berkata, pihaknya begitu kecewa dan sedih apabila mendapati
segelintir agamawan di negara ini dengan sewenang-wenang mengkafirkan
orang Islam hanya kerana menyatakan pendirian berkaitan rang undang
berkenaan.
“Bila ada yang mengambil pendirian tidak bersetuju dengan RUU 355,
terus individu berkenaan dicop sebagai kafir, pada saya ini tidak baik
dan amat mengecewakan.
“Saya tidak menafikan tentang peri pentingnya gagasan sedemikian
dilaksanakan dan justeru sepatutnya ia mendapat sokongan semua pihak.
Tetapi yang perlu difahami RUU 355 belum lagi dimuktamadkan,” katanya
kepada Sinar Harian.
Tegas Wan Salim sepatutnya perbincangan lebih berhemah perlu dibuat
sebelum masing-masing melontarkan pelbagai perkataan yang menyakitkan
diantara satu sama lain.
“Biarlah ia dibincangkan terlebih dahulu dengan teliti dari pelbagai aspek oleh pihak legislatif dengan tujuan penambahbaikan.
“Moga-moga dengan perbahasan yang bebas akan menghasilkan satu
undang-undang yang adil untuk dilaksanakan ke atas seluruh warganegara
di negara kita,” katanya.
Wan Salim berkata, seseorang tidak wajar memaksa mana-mana ahli
parlimen menerima RUU 355 dengan apa jua cara termasuk mengugut.
“Kononnya sesiapa tidak menyokong akan menjejaskan akidah, adakah
perkataan sebegini sepatutnya diungkap oleh seorang yang cerdik dalam
bidang agama.
“Memang seorang Muslim wajib menerima hukum yang ditetapkan oleh ALLAH
SWT, tetapi RUU 355 hanyalah satu langkah ke arah memperkasa dan
memartabatkan Mahkamah Syariah di Malaysia,” katanya.
Beliau turut menggesa supaya Kerajaan mengambil daya usaha membentangkannya dalam keadaan yang lebih serius.
“Barulah ia tidak dilihat sebagai gimik politik semata-mata,” katanya.
5 orang berkata:
Terbaik. Hujah yg matang.
Masing2 fikir la sendiri....pendirian masing2...cuma esok jwp la masing2...masing2 btemu Allah yg satu..no return back....buka alQuran..akan jumpa la jawapan.
PENGAKUAN SAYA BERSAMA KELUARGAKU INI BUKAN CERITA ATAU PUN REKAYASA BENER-BENER TERBUKTI SAMA SAYA.
Terima kasih sebesar-besarnya yang kami ucapkan kepada mbah warjoh yang telah memberikan keberhasilan dan keberuntungan bagi keluarga saya.berkat bantuan beliau saya sekarang sudah hidup tenang karena suamiku sudah punya usaha tambak yang luasnya sekitar 5 hektar kurang lebih. begitupun juga saya dirumah buka warung sembakau dan sekarang pun saya sekeluarga tidak di kejar-kejar hutang lagi. mulanya keluarga Kami di berikan angka gaib hasil ritual dari mbah warjoh yang sangat Jitu 100% dijamin tembus.sehingga keluarga saya sekarang merasa tenang lagi.sekali lagi terima kasih mbah jasamu dikeluarga saya tidak akan terlupakan.Jika anda butuh angka gaib hasil ritual mbah warjoh silahkan Tanyakan aja Pada mbah dinomer hp beliau di: 0851 4534 4218 atau silahkan KLIK DISINI Terima kasih.
Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.
Hukum dlm ruu 355 tak ada dlm Quran. Dlm quran kesalahan zina dan curi mana ada cuma hukum denda shj.
Knapa tak cadangkan hudud. Hukum sebenar utk org islam ialah hudud.
Nak perkasa mahkamah syariah, laksanakanlah hukum hudud. Itu baru perkasa dan wajib disokong.
Post a Comment