Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TENGKU RAZALIGH PERLU BANYAK BERCAKAP TENTANG KEADAAN NEGARA


TENGKU RAZALIGH HAMZAH PERLU BANYAK MEMBERIKAN PANDANGAN POLITIK SEMASA NEGARA, SEKURANG-KURANGNYA BUAT SEMENTARA WAKTU BELIAU PERLU MEMBERIKAN PANDANGAN YANG BERNAS DAN BELIAU JUGA DIHARAPKAN SEBAGAI KUASA SUARA PENGIMBANG POLITIK NEGARA YANG SEDANG BERKIRA-KIRA MAHU MEREBUT JAWATAN PM NEGARA.
NAMPAKNYA BUAT MASA TERKINI POLITIK NEGARA MASIH LAGI DISELUBUNG OLEH SIKAP MELOBI DAN MERANCANG HENDAK MENETAPKAN SIAPA PILIHAN UNTUK MEMIMPIN NEGARA, MEREKA KELIHATAN MAHU MEREBUT JAWATAN NO 1 NEGARA, SEOLAH-OLAH TUJUAN BERPOLITIK BUKAN UNTUK KEPENTINGAN UMUM, TAPI ADALAH UNTUK PARTI MASING-MASING ATAU KRONI .
DALAM KEADAAN YANG ADA INI MESTI ADA SEORANG KUASA PENGIMBANG SEMENTARA YANG BERTUGAS UNTUK PENGIMBANG DAN PENYELAMAT UNTUK MENENAGKAN  SUASANA POLITIK DAN EKONOMI NEGARA DAN SEMUA PEHAK PERLU MEMBANTU KEARAH TUGAS INI SEMENTARA NAFSU SERAKAH BELUM CUKUP MEMBUAK-BUAK  UNTUK BERKUASA - Pak Karamu
Pemimpin kini tamak, kejar duit



Tengku Razaleigh Hamzah
Tengku Razaleigh Hamzah


NAMA Tengku Razaleigh Hamzah, tidak dinafikan, cukup sinonim dengan dunia politik tanah air. Aura tokoh veteran politik ini masih kuat. Pandangan yang diberikan beliau dalam aspek politik, pembangunan, ekonomi dan lain-lain sentiasa diikuti dengan teliti. Malah karakter dan prinsipnya membuatkan beliau terus dihormati pihak kerajaan atau pembangkang.

 Ketua Biro Sinar Harian Kelantan, MOHD ZAILANI ABD RAHMAN dan wartawan, NOR AKMALIAH RAZAK berpeluang mendapatkan pandangan beliau, khususnya dalam konteks politik semasa. Ikuti wawancara yang diadakan di kediaman beliau di Gua Musang, Kelantan, baru-baru ini. 
 
Apa pandangan Tengku terhadap senario politik di Kelantan khususnya selepas lebih 20 tahun diperintah Pas.

Orang Kelantan sudah nampak selesa dengan Pas, terutama sekali dengan pimpinan yang tidak memaksa dia buat sesuatu. Orang Kelantan amat bebas, amat berdikari pemikirannya. Amat selesa dalam Pas tetapi dia cepat jemu dengan Pas kerana sudah lama dalam keadaan begini tidak ada perubahan, tidak ada sesuatu perubahan.

Orang Kelantan juga memikirkan mengenai masa depan, terutama sekali pendidikan anak-anak mereka. Orang Kelantan ini mahu tengok kita lebih daripada orang lain. Jadi kalau dia tengok masa depan anak-anak dia, negeri dia, tidak sebagaimana yang diharapkan, dia akan berubah. Walaupun keadaan itu selesa dengan masa ini, kalau tidak meyakinkan, dia boleh berubah.

Sebab itu pada tahun 1977, apabila bergolak sedikit politik di Kelantan disebabkan krisis pemimpin Pas, orang Kelantan  mengambil kesempatan kerana sudah lama duduk dalam keadaan yang tidak menyenangkan dia.

(Akibatnya) dia bertindak mengubah keadaan. Apabila mereka rasa pihak pimpinan Pas ketika itu bermaharajalela, gadai kawasan balak dengan luasnya - 300,000 ekar lebih - kepada orang luar. Orang Kelantan marah.

Sebab itu orang Kelantan, walaupun dia tahu dia rugi dengan enakmen ‘reservation’. Menyebabkan nilai tanah dalam kawasan rizab Melayu rendah daripada tidak dalam rizab Melayu, dia rasa selamat. Oleh kerana orang luar tidak boleh miliki tanah, orang Kelantan tahu jika dia tidak akan untung banyak, tetapi dia mahu kekal dalam keadaan ini. Tetapi kalaulah situasi itu memaksa dia ubah kerana kedudukan terancang, ia akan ubah. Dia tidak takut hendak hadapi risiko.
 
Bagaimana Tengku melihat perbezaan politik hari ini dengan zaman Tengku?

Orang mungkin tidak bersetuju dengan pandangan saya. Tengok sekarang ini banyak orang memikir kepada kepentingan diri lebih daripada kepentingan rakyat. Kita tengok pemimpin dulu semuanya mati tidak ada duit, tiada ada harta, Tengku (Abdul Rahman), begitu juga Tun Razak dan Tun Hussein Onn, selain pemimpin pembangkang, contohnya Datuk Asri Muda dan Ustaz Fadzil Noor. 

Tetapi orang sekarang bertujuan lain sedikit. Biarlah, keadaan negara kita sudah berubah. Kita sudah maju sedikit dan sudah tentu hendak merasa juga kemewahan yang ada. Tetapi janganlah itu menjadi perkara utama mereka.  Menyertai parti politik (tujuannya) untuk teruskan perjuangan.

Tetapi nampaknya (ada yang) lebih materialistik daripada dulu-dulu. Macam saya dulu, saya masuk bukan niat nak jadi menteri. Kita masuk kerana hendak menyumbang  tenaga. Saya pilih Gua Musang, dulu  (dipanggil) Hulu Kelantan. Saya boleh pilih Kota Bharu (kerana ketika itu) saya jadi Setiausaha Perhubungan Umno Kelantan, Tunku Abdul Rahman menjadi pengerusi.

Saya boleh pilih hendak jadi ketua di mana-mana sahaja pun. Di Gua Musang saya terpaksa berjalan kaki berbatu-batu hendak pergi melawat kampung-kampung. Kenapa saya hendak pilih di sini? Kerana saya hendak berkhidmat. Malah rumah yang diduduki sekarang pun saya beli tanah, bukan saya ambil daripada kerajaan. Saya boleh ambil tanah daripada kerajaan, tidak ada siapa tahu pun. Tapi saya tidak ambil.  Ini soal prinsip. Kita buat bukan untuk kepentingan diri. Setakat yang termampu itulah kita lakukan.

Sekarang ini nampak orang yang hendak kepada harta pun bukan hendak satu bilion dua bilion, nak lebih daripada itu. Bukan ratus juta lagi. Mengapa jadi begitu? Kita utamakan lebih soal fizikal daripada soal utama yang kita patut berjuang. Islam tidak ajar kita begitu. Ibu bapa kita tidak ajar kita begitu. Jadi apabila kita sudah masuk dalam arena ini kita rasa tamak. Bagaimana kita hendak berjuang untuk orang kalau kita sudah tamak. Kita sudah tidak amanah ataupun kita sudah rasa tamak.
 
Pas Kelantan tidak lagi dalam keadaan terbaik selepas pemergian Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat?

Ya, saya tengok pimpinan Pas di Kelantan begitu lemah. Oleh sebab itu perpecahan berlaku di dalam Pas. Bukan sahaja pimpinan Pas di Kelantan lemah tetapi, tetapi nampaknya pimpinan Pas sebagai sebuah parti tidak memberi arah tuju yang tetap.

Walaupun ada cadangan nak pinda undang-undang mahkamah syariah, hudud dan sebagainya, nampak orang Pas, walaupun (pemimpin) bersemangat, (ahli) tidak begitu tertarik dengan apa yang dilakukan. Perjuangan ini untuk tegakkan islah, bukan hendak tegakkan hukum. Kalau dahulu tidak dilakukan kenapa dibuat sekarang? Mengapa sekarang ini menjadi lebih menonjol dari dahulu. Jadi ahli persoal itu juga.

Jadi kita pun bertanya diri kita. Mengapa begitu ramai pemimpin Pas meninggalkan Pas, tubuhkan Amanah. Apakah masa depan Amanah lebih baik daripada Pas? Mereka mesti ada perhitungan politik, masa depan mereka dan  rakyat.

Takkan mereka buat keputusan dengan tidak berfikir lebih lanjut! Umpamanya pemimpin-pemimpin yang keluar Pas, orang yang handal-handal dan golongan intelek. (Mereka) pernah jadi pensyarah di universiti dan sebagainya. Ini bukan orang yang ambil kesempatan untuk hendak pegang jawatan sebagai pemimpin, bertanding dalam pilihan raya. Tidak, dia orang ini ideologis, dia orang tinggal Pas, bukan seorang dua, ramai sehingga dapat menubuhkan Amanah.
 
Adakah ini bermakna peluang Umno Kelantan kembali berkuasa lebih terbuka?

Saya sendiri pun tidak faham Umno Kelantan ini. Kita tengok baru-baru ini, Pas lawan kita di Sungai Besar, Pas juga lawan kita di Kuala Kangsar. Tetapi apabila kita tanya apakah dia menjadi seteru kita, lawan kita dalam PRU nanti, dia (Umno) tidak dapat memberikan jawapan tegas. Tetapi saya rasa kita tetap lawan Pas pada pilihan raya akan datang kerana orang bawahan tidak mahu kita bersatu dengan Pas. Dan, orang Pas juga sama, tidak mahu bersatu dengan Umno.
 
Adakah Tengku melihat Umno dan Pas perlu berada sepentas?

Dia (Pas) nak perpaduan Islam. Dia kata kita ini tidak ikut kehendak dia. Setakat perpaduan dari segi bangsa sahaja tidak memenuhi syarat yang diperjuangkan oleh Pas.
 
Maksudnya Tengku tidak bersetuju dengan penyatuan Umno-Pas?

Tidak, saya bukan tidak setuju, cuma  saya tidak tahu apa arah tuju kita ini terutama yang berada di Kelantan. Saya tahu orang Umno di Gua Musang, umpamanya, mereka tetap mahu lawan Pas kerana tidak menerima Pas.
 
Ramai tak puas hati dengan Umno dan Pas. Dikatakan sekarang ini bangsa Melayu ini tidak berada di tempat yang sepatutnya dan usaha menyatukan dua parti Melayu perlu dilakukan?

Rasa tidak puas hati tu memang ada dalam kalangan sesetengah orang yang jadi ahli fikir atau yang fikir keadaan masa depan orang Melayu dan Islam. Banyak tidak puas hati dengan cara Pas memimpin sekarang ini. Banyak tidak puas hati dengan cara Umno dipimpin sekarang. Itu memang jelas. Itu sebabnya wujud pelbagai puak parti serpihan, kata orang, daripada Umno ataupun Pas.

Hakikatnya, orang Melayu dan Islam tidak berpuas hati dengan kedua-dua parti besar itu. Kalau tidak, mesti dia orang tidak berpecah belah. Sekarang ini kita ada lima parti Melayu, jadi orang Melayu berpecah. Tidakkah ini akan beri peluang kepada DAP bermaharajalela apabila Melayu berpecah, orang Cina bersatu di bawah panji-panji DAP? Tidakkah mudah bagi DAP kuasai kita semua, menakluki kita pada PRU akan datang? Saya tidak fikir semudah itu. Tetapi saya rasa logik juga ada sesetengah berfikir begitu.
 
Apakah pandangan Tengku mengenai kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga wujud parti Bersatu di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir?

Ramai tidak berpuas hati dengan pimpinan yang ada dan arah tuju parti-parti besar yang ada sekarang ini. Baik Umno, baik Pas. Itu sebab berlakunya perpecahan yang menyebabkan lahirnya parti-parti baharu. Kerana tidak berpuas hati, bukannya dengan perjuangan parti yang pertama kali dengan arah tuju parti, demikian dengan pimpinannya.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Hah nak banyak bercakap tentang negara? Hal rakyat Kelantan menuntut royalti pun ke laut! Sudahlah pemimpin sampah spt ini jangan diambil peduli. Tunggu masa di bakul sampah kan!

theloez said...

Web Site learn this here now blog link company website click this link now best replica bags

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.