Penguatkuasaan agama perlu guna pendekatan dakwah
IPOH – Modus operandi kakitangan penguatkuasaan Jabatan Agama Islam
hendaklah berpandukan pendekatan preventif dan bukannya punitif.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, ketika memenuhi
tugas dan melaksanakan operasi, gunakan pendekatan berdakwah menyeru ke
jalan kebaikan, memanggil pihak melakukan kesilapan untuk diberikan
nasihat secara tertutup, mengaturkan sesi bimbingan dan kaunseling.
Menurut baginda, tindakan secara kasar dan keras yang merendah-rendah
dan memperkecilkan sama ada secara lisan atau perbuatan tidak harus
dilakukan mana-mana pegawai penguatkuasaan agama kerana boleh
mendatangkan rasa hina dan aib orang lain.
“Pegawai-pegawai penguatkuasaan agama berada di barisan hadapan dan
terdedah kepada penilaian umum, keindahan Islam itu wajib dicerminkan
dengan sifat-sifat berhemah ketika memenuhi tugas dan melaksanakan
operasi.
“Perbuatan pegawai penguatkuasaan, memperlihatkan kuasa sehingga
meminggirkan adab, tertib dan sopan, bukanlah budaya yang dianjurkan
Islam,” titah baginda selepas menyempurnakan pelancaran logo dan pelan
strategik Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (Maipk), hari ini.
Logo berkenaan dilakar untuk memberi satu identiti kepada Maipk dan
komponen pelan strategik yang digariskan mengandungi rangka kerja
tindakan dalam usaha mencapai misi dan objektif Maipk.
Sultan Nazrin bertitah, intipati penting adalah peranan Maipk mengurus
dan membina persepsi positif dalam kalangan masyarakat Islam dan bukan
Islam.
Justeru baginda mahu, pengendalian dan pengurusan media diurus secara
profesional, supaya media dapat membantu membina imej dan reputasi
Maipk.
“Amatlah silap, jika organisasi bersikap pasif dan berandaian bahawa
masyarakat akan dapat memahami niat baik yang mahu mereka laksanakan.
“Amalan yang kurang bersifat antisipasi, tidak proaktif atau lebih
cenderung bersifat defensif, selepas berlakunya sesuatu ketidakfahaman,
sudah tidak sesuai lagi.
“Era ini adalah era yang menuntut pengurusan mengamalkan budaya ketelusan dan keterbukaan maklumat,” titah baginda.
1 orang berkata:
Segera daftarkan diri anda dan bermainlah di Agen Poker, Domino, Ceme dan capsa Susun Nomor Satu di Indonesia AGENPOKER(COM)
Jadilah jutawan hanya dengan modal 10.000 rupiah sekarang juga !
Post a Comment