'Tun M, anda pernah digelar Hitler'
KUALA LUMPUR - Adalah ironi bagi Tun Dr Mahathir Mohamad untuk
menggelar penyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai
'Goebbels Kecil', sedangkan beliau sendiri dirujuk sebagai 'Hitler'
semasa eranya, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr
Salleh Said Keruak.
Malah, Salleh menambah, mereka yang pernah bekerja untuk Dr Mahathir
semsa beliau menjadi perdana menteri diumpamakan sebagai ketua
propaganda Nazi Joseph Goebbels.
Menteri itu berkata Dr Mahathir digelar "Hitler" kerana beliau ialah
"pemimpin megalomania yang menuduh orang nombor duanya (ketika itu)
(Datuk Seri Anwar Ibrahim) melakukan liwat, sebagai alasan untuk
menyingkirkannya".
Dalam catatan terbaru dalam blog beliau hari ini, Salleh menulis apa
yang dikatakan Dr Mahathir tentang Najib adalah sepertimana yang pernah
dikatakan tentang dirinya sendiri.
Dr Mahathir, yang memimpin kerajaan selama 22 tahun, menulis dalam
blognya bahawa beberapa "Goebbels Kecil" ditugaskan untuk mengawal
kemusnahan dan persepsi terhadap perdana menteri.
Dr Mahathir berkata mungkin terdapat banyak tuduhan dilemparkan
terhadapnya sebagai perdana menteri tetapi tiada yang dibuktikan.
"Tetapi apabila ia melibatkan Najib, Mahathir berkata PM perlu
membuktikan yang beliau tidak bersalah dan meletak jawatan," kata
Salleh.
Pada 1987, Dr Mahathir berkata beliau tidak akan meletak jawatan
sekiranya beliau menang hanya dengan satu undi dalam pertandingan
jawatan Presiden Umno," kata Salleh.
"Mungkin Mahathir gagal untuk mengambil perhatian bahawa Najib menang
tanpa bertanding," kata Salleh. "Jadi kenapa Najib patut dengar cakap
Mahathir dan meletak jawatan?"
Salleh menambah: "Mahathir bercakap bagaikan seorang yang amat bimbang.
Dan beliau fikir jika anda tidak menyokong beliau dengan itu anda ialah
penyangak atau telah dibeli. Mahathir seperti biasa tidak pandai
menilai karakter." - Bernama
1 orang berkata:
Tun M itu Hitler yg akhirnya membawa branding Merc atau Volkwagen.
Nojib itu Hitler yg akhirnya membawa branding ...kapal selam x boleh selam, enjin jet hilang dan banyak lg
Post a Comment