Bubar Dun awal akan jejaskan Pakatan Selangor
SHAH ALAM - Pendirian Amanah berhubung pembubaran Dun Selangor sebelum
persempadanan semula didakwa akan menjejaskan kedudukan Pakatan di
Selangor.
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abd Samad berkata, cadangan
persempadanan semula itu sarat dengan ketidakadilan dan pemetaan secara
tidak masuk akal demi memenuhi kepentingan BN.
Menurutnya, Amanah mengesyorkan supaya satu mesyuarat khas Majlis
Presiden diadakan untuk membincangkan mengenai perkara ini serta
mengkaji sejauh mana salah satu dari dua kemungkinan tersebut dijamin
tercapai.
“Sekiranya tiada jaminan bahawa salah satu kemungkinan ini akan
tercapai maka wajar cadangan pembubaran Dun diterima demi menggagalkan
rancangan jahat SPR yang terus membenarkan dirinya diperalat BN dalam
usaha mereka untuk mengongkong dan menindas rakyat.
“Oleh itu, cadangan pembubaran Dun dengan kadar segera hanya wajar
ditolak sekiranya kita yakin bahawa cadangan persempadanan semula oleh
SPR berjaya ditolak atau Pas dapat dipujuk untuk bekerjasama dengan
Pakatan Harapan dan tidak akan mengadakan pertandingan tiga penjuru,”
katanya dalam satu sidang media yang diadakan di Pejabat Ahli Parlimen
Shah Alam, hari ini.
Tambahnya lagi, cadangan persempadanan semula SPR merupakan usaha untuk
mengekalkan BN sebagai kerajaan di dalam keadaan mereka yang semakin
ditolak rakyat.
"Kedua-dua perkara ini iaitu persempadanan semula dan 'spoiler' Pas
adalah strategi serampang dua mata yang telah disusun oleh BN. Strategi
ini mampu dipatahkan sekiranya salah satu daripadanya dapat digagalkan,"
katanya.
1 orang berkata:
aAwat tu...Pak Tua...PAS Laanikan Parti ONAR!!!
Post a Comment