Naib Presiden PKR umum keluar parti
Darell Leiking
KOTA KINABALU - Naib Presiden PKR, Darell Leiking hari ini mengumumkan meletak jawatan dan keluar PKR.
"Peletakan jawatan saya sebagai naib presiden PKR dan keluar daripada
PKR ini berkuat kuasa serta merta," katanya ketika dihubungi Bernama di
sini, hari ini.
Katanya beliau telah menemui Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail bagi menyatakan hasratnya itu dan menurutnya presiden menghormati
keputusannya.
Darell yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, beliau bakal
menyertai parti tempatan Sabah yang bakal diterajui bekas Naib Presiden
Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Mengenai jawatan yang ditawarkan kepadanya dalam parti yang akan
disertainya, Darell berkata beliau ada berbincang mengenai jawatan
dengan Mohd Shafie namun belum membuat keputusan sama ada menerimanya
atau tidak.
Mohd Shafie yang bertindak keluar Umno pada 4 Julai lepas hari ini
berkata, beliau berhasrat mengambil alih sebuah parti politik di Sabah
untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang. - Bernama
1 orang berkata:
Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.
Post a Comment