Hasut: Mahkamah putus Tian Chua bersalah
Tian Chua
KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebentar tadi memutuskan,
Naib Presiden PKR, Tian Chua bersalah memberi ucapan berbaur hasutan
Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor tiga tahun lalu.
Hakim Zulqarnain Hassan memutuskan demikian selepas berpuas hati
pembelaan Ahli Parlimen Batu itu gagal menimbulkan keraguan munasabah
ketika dipanggil membela diri.
"Saya berpuas hati ucapan yang dibuat tertuduh ada kecenderungn untuk
menghasut orang ramai untuk melakukan perkara yang dinyatakan," katanya.
Prosiding bagaimanapun ditangguhkan sebentar untuk jatuh hukum.
Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang selesai membela diri
selepas pada 24 Februari lalu mahkamah mendapati pihak pendakwaan
berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya di akhir kes pendakwaan.
Pada 29 Mei 2013, Tian Chua didakwa memberi ucapan dalam ceramah dengan
menyebut kata-kata menghasut bagi membangkitkan rakyat negara ini
supaya mengubah kerajaan yang telah tertubuh mengikut undang-undang,
dengan cara yang tidak sah.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala
Lumpur dan Selangor di Nombor 1, Jalan Maharajalela, Dang Wangi di sini
antara 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei 2013.
1 orang berkata:
Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.
Post a Comment