Mufti Kelantan seru orang Islam sokong Akta 355
Shukri
KOTA BHARU - Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyeru orang
Islam agar menyokong pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang
Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau lebih dikenali sebagai Akta 355 yang
bertujuan memartabatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah di negara ini.
Mohamad Shukri pada masa yang sama, turut menasihati ahli Parlimen
khususnya yang beragama Islam agar menyokong pindaan tersebut apabila ia
dibahaskan di sidang Dewan Rakyat pada sesi akan datang.
"Memang wajib (menyokong)... kenapa tidak mahu melihat perkara baik
berlaku dalam Mahkamah Syariah. Kalau sebelum ini, bidang kuasa Mahkamah
Syariah rendah, kalau beri sedikit kuasa, apa masalahnya.
"Dalam al-Quran ada menyebut, bertolong, membantu dalam hal-hal
kebaikan, kebajikan dan taqwa merupakan benda yang baik, jadi semua
patut sokong perkara baik (Akta 355)," katanya kepada pemberita ketika
ditemui pada Majlis Mahabbah Ulama di sini, hari ini.
Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra berkenan
merasmikan majlis berkenaan yang turut dihadiri Anggota Jawatankuasa
Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Datuk Zakaria Stapa dan lebih 1,000 pelajar
pondok seluruh negeri.
Mengulas lanjut, Mohamad Shukri berkata akta berkenaan sebelum ini
dipinda sebanyak dua kali tanpa sebarang masalah ataupun mendapat
bantahan daripada mana-mana pihak.
Justeru, beliau melihat tentangan terhadap pindaan Akta 355 banyak
dikemukakan oleh parti politik yang disifatkan mempunyai kepentingan
masing-masing.
"Saya pun tidak faham. Pindaan Akta 335 ini kalau diluluskan, ia hanya
bertujuan meningkatkan lagi bidang kuasa Mahkamah Syariah.
"Kalau kita tengok tentangan ini banyak daripada parti-parti politik,
barangkali ada isu-isu yang ada kepentingan masing-masinglah," katanya. -
Bernama
2 orang berkata:
Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.
Cuba jelaskan apa maksudnya memartabatkan ruu. Dlm konteks apa? Dimana kurangnya perundangan syariah yang sedia ada?
Bunyi mcm hebat rupanya memartabatkan ruu adalah menaikkan denda dan jumlah hari penjara...
Post a Comment