PRU14: BN akan menang besar
SHAH ALAM - Persempadanan semula bahagian pilihan raya bakal memberi kemenangan besar kepada BN pada PRU14.
Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE), Profesor Datuk Dr
Mohammad Redzuan Othman berkata, setiap kali persempadanan semula
dilakukan, BN akan menang besar.
“Kemenangan yang dicapai BN pada 2004 adalah kerana persempadanan
semula yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Faktor Pak Lah
(bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi) terlalu kecil.
“Kekalahan DAP di lima kerusi di Sarawak juga adalah kerana faktor
persempadanan semula dan bukan kerana berkurangnya sokongan pengundi
kaum Cina,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, ia terbukti pada pilihan raya pada 1974, 1986 dan 2004 apabila
persempadanan dibuat, didapati BN mencapai kemenangan besar.
"Bahkan kerusi yang dipegang pembangkang seperti Lembah Pantai,
Titiwangsa dan Bandar Tun Razak boleh hilang ke tangan BN kerana
persempadanan semula ini," katanya.
Bagaimanapun, masyarakat kini boleh mengemukakan bantahan kepada SPR sekiranya tidak bersetuju dengan persempadanan semula.
“Saya melihat, rakyat kini sudah tahu hak-hak mereka. Lebih-lebih lagi
apabila persempadanan di buat berdasarkan kaum. Ini tidak sihat,”
katanya.
Sebelum ini SPR memaklumkan akan melaksanakan kajian semula
persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya bagi Negeri-Negeri Tanah
Melayu berlandaskan peruntukkan Fasal 2 Perkara 113, Perlembagaan
Persekutuan.
SPR juga akan melaksanakan kajian semula persempadanan
bahagian-bahagian pilihan raya bagi Sabah selaras dengan pindaan Fasal 2
Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang telah diwartakan pada 18 Ogos
2016.
1 orang berkata:
Konon2 statement umngok bend x terlibat dlm persempadanan. Ko percaya ke stament parti korup tu.
Pi lah mabuk ...
Post a Comment