Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TUU DIAAAA ! OGHANG KEDAH DAH MAIIII !!!! DEPA YAKIN MENANG 2-1, ADA BAWA BOMO KA ?

JAGA-JAGA HANGPA SELANGOR OIII< KALI NI DEPA BAWA PUAKA GUNUNG JERAI !, DAH HABAQ DAH , DEPA PAKAI BOMOH !!!! - Pak Karanu



‘Demi Hijau Kuning, kami sanggup berkorban’



‘Demi Hijau Kuning, kami sanggup berkorban’
Pasukan Red Eagle Frenz Kedah sentiasa bersama Puaka Jerai dalam setiap perlawanan.



“DISEBABKAN rasa cinta dan sayang, saya sanggup berhabis ribuan ringgit demi Hijau Kuning,” demikian luahan peminat tegar, Zulkifli Hashim, 37, berasal dari  Kampung Seri Perigi,Yan, Kedah.

Penjual burger sepenuh masa dan mempunyai dua orang anak, Nur Syazliana Umairah,5, dan Mohd Luqman Hakim, 2, hasil perkongsian hidup bersama pasangan, Nafisah Md Rozki, 34, bukanlah orang kenamaan atau berpangkat besar.

Namun jiwanya yang kental dan semangat Hijau Kuning yang menebal dalam diri membuatkan dirinya dikenali ramai.

Apatah lagi bila menyarungkan kostum bunga matahari setiap kali menyaksikan perlawanan bola sepak di Stadium Darul Aman.


Ramai yang tidak menyangka, si penjual burger ini merupakan orang sama yang digelar Puaka Jerai yang kini menjadi ikon kepada penyokong Skuad Lang Merah.

Akibat rasa kasih dan sayang pada pasukan kesayangan, dia sanggup bertindak sedemikian serta habis ribuan ringgit demi untuk menyaksikan setiap perlawanan bola sepak yang disertai Hijau Kuning.

Langkahnya menjadi buruan walau ke mana sahaja dia pergi dan pengikutnya semakin bertambah hari demi hari, lebih-lebih lagi apabila Kedah bakal berdepan Selangor bagi merebut Piala Malaysia di pentas final nanti.

Menceritakan idea asal, Zulkifli berkata, dia langsung tidak pernah terlintas untuk dikenali ramai apatah lagi menjadi kegilaan penyokong Hijau Kuning sejak mula-mula mencipta kostum hasil cetusan idea sendiri.


“Niat saya pada mulanya hanyalah nak tarik penyokong Kedah turun ke stadium tidak kira perlawanan besar atau kecil.

“Saya lihat apa yang saya bawakan untuk Kedah berhasil, ini kerana, setiap kali saya singgah di stesen minyak atau di simpang lampu isyarat, ramai yang mengambil peluang merakam gambar dan ada yang berebut-rebut nak bergambar.

“Ia sebagai satu semangat kepada pasukan untuk beraksi lebih baik dan beri impak kepada rakyat Kedah menghangatkan sorakan agar mampu membakar semangat dan dorongan kepada pejuang di atas padang,” katanya.

Menurut Zulkifli, dia tidak segan silu memakai kostum ke masa sahaja di pergi demi menyatakan kecintaan dan membuktikan sokongan tidak berbelah bagi kepada pasukan bola sepak Kedah.

Setakat ini, pergerakan Puaka Jerai mendapat sokongan Red Eagle Frenz Kedah dan tajaan daripada Prima Herbs.

Habis ribuan ringgit

“Setiap kali perlawanan, pasti habis ribuan ringgit duit simpanan saya dari hasil yang disimpan dari keuntungan menjual burger setiap malam.

“Mana tidaknya, jika perlawanan berlangsung di negeri Selatan atau Pantai Timur, tidak kira di mana sahaja Hijau Kuning berada, di situlah adanya Puaka Jerai.

“Saya bukan berseorangan, tetapi tidak pernah meninggalkan penyokong kuat saya iaitu isteri dan anak-anak yang sentiasa bersama,” katanya.

Tak kisah dimaki demi kedah

“Sejak mula dikenali ramai pada  awal 2016, walaupun mula memakai kostum sejak dua tahun lalu, saya menerima beberapa ancaman bukan sahaja terhadap diri saya sendiri sebaliknya membimbangkan keselamatan anak-anak dan keluarga.

“Saya juga difitnah, dimaki, dicaci dan diugut bunuh gara-gara bola sepak Hijau Kuning. Walaupun bagaimanapun, saya masih meneruskan hasrat saya memberikan sokongan 100 peratus terhadap pasukan, dalam masa sama aspek keselamatan sentiasa saya utamakan.

“Akibat bimbang keselamatan diri, saya cepat-cepat buat laporan polis, ada pernah sekali kedatangan saya ke stadium di negeri jiran sebelum ini terpaksa diiringi pihak berkuasa, gara-gara ancaman dari musuh,” katanya.

Menurutnya, biarpun ancaman datang dari pelbagai sudut, namun niatnya cuma satu, terus menzahirkan rasa cinta dan sayang terhadap pasukan Hijau Kuning.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.