Peluru berpandu dipintas berhampiran Makkah
RIYADH – ARAB SAUDI. Pakatan tentera diketuai Arab Saudi mendakwa
pemberontak Houthi Yemen telah melancarkan serangan peluru berpandu ke
negara itu apabila sebuah misilnya berjaya dipintas berhampiran Kota
Suci Makkah, lapor AFP.
Tambah tentera pakatan lagi, pemberontak melancarkan sebuah peluru
berpandu ke arah kawasan Makkah kelmarin dari wilayah Saada yang
merupakan kubu kuat Houthi terletak hanya di seberang sempadan Arab
Saudi.
Kota suci Makkah terletak 500km dari sempadan Arab Saudi-Yemen.
Ini merupakan serangan kali kedua yang dilakukan oleh pemberontak
membuat serangan peluru berpandu di mana kali pertama adalah pada 9
Oktober lepas apabila gabungan tentera Arab berjaya memintas sebuah
peluru berpandu di Taif, tapak pangkalan udara Saudi terletak kira-kira
70km dari Makkah.
Tentera Arab telah melancarkan serangan balas terhadap pemberontak
dengan melancarkan serangan udara menyasarkan kawasan peluru berpandu
tersebut dilancarkan.
0 orang berkata:
Post a Comment