Bekas menteri, ahli parlimen disiasat
MELAKA - Polis akan memanggil beberapa bekas menteri dan kakitangan
awam disyaki sengaja membocorkan rahsia kerajaan dan melanggar Akta
Rahsia Rasmi.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tindakan itu
susulan laporan yang baharu diterima pihaknya terhadap individu yang
juga terdiri daripada bekas menteri.
“Saya baru dimaklumkan tadi (semalam), kita ada menerima laporan polis
berkenaan kemungkinan rahsia kerajaan dibocorkan bekas menteri, bekas
ahli parlimen dan akan panggil mereka.
“Kita akan melihat dan menjalankan siasatan sama ada bekas kakitangan
kerajaan ini ada membocorkan rahsia kerajaan atau tidak sebelum sebarang
tindakan diambil,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Khalid bagaimanapun mengingatkan mana-mana individu yang sudah
meninggalkan jawatan dalam kerajaan supaya berwaspada memberi kenyataan
berikutan pernah membuat akuan sumpah.
“Saya ingin mengingatkan kakitangan kerajaan tak kira masih berkhidmat
atau tidak, apabila meninggalkan jawatan supaya berhati-hati dengan apa
jua kenyataan dibuat kerana mereka telah berikrar, angkat sumpah dan
menandatangani akuan sumpah.
“Mereka kadang-kadang nak menggunakan Parlimen sebagai alasan boleh
bercakap tapi dalam hal rahsia kerajaan ini kita perlu lebih
berhati-hati,” katanya.
Khalid memberitahu, pihak terbabit perlu bertanggungjawab berikutan
kemungkinan banyak implikasi apabila rahsia kerajaan didedahkan, selain
boleh mengancam keselamatan dan ekonomi negara.
Kelmarin, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia
dilaporkan berkata, perkara-perkara yang diucapkan Ahli Parlimen Pagoh,
Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni
Hanadzlah dan Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada
sesi perbahasan Bajet 2017 adalah maklumat diperoleh ketika mereka
berada di dalam kerajaan.
Tegasnya, tindakan itu membuktikan mereka telah mendedahkan maklumat
sulit kepada awam dan melanggar sumpah yang dibuat ketika dilantik
sebagai ahli Kabinet.
2 orang berkata:
Assalamualaikum... Maaf ya SOBAT saya mau jujur bahwa awalnya saya hanya mencoba-coba bermain togel karna saya terlilit hutang yang sangat banyak sekitar Rp 235 juta karna hutang saya banyak akhirnya saya mencari jalan pintas meskipun itu dilarang agama islam apa boleh buat nasi sudah jadi bubur dan akhirnya saya menemukan seorang dukun yang bisa membantu saya melalui jalan togel dengan lantaran bantuan MBAH WIRANG kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya karna itu semua berkat bantuan MBAH WIRANG dengan waktu yang singkat saya sudah membuktikan namanya keajaiban satu hari bisa merubah hidup kita menjadi kaya, buktinya angka pemberian MBAH 4D nya pada tanggal 23/10/2016 yaitu 9512 tembus alhamdulillah saya menang sebanyak Rp.480 juta dan alhamdulillah semua hutang-hutang saya sudah bisa terlunasih juga... Mungkin saudara/saudari diluar sana lagi butuh angka togel 2D|3D|4D silahkan konsultasi atau minta bantuan dengan MBAH WIRANG jangan takut anda bisa hubungi di nomer ( 082346667564 / +6282346667564 )
Tetap Semangat Semua Permasalahan Pasti Ada Jalan KeluarNya...
Maklumat rahsia
Utk tutup rahsia
Ini mesti dijaga
Jgn sampai bocor
Post a Comment