Najib bentang Bajet 2017 petang ini
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga
Menteri Kewangan, dijadual membentangkan Bajet 2017 pada pukul 4 petang
di Dewan Rakyat, hari ini.
Bajet yang sememangnya dinantikan ramai, berkemungkinan menumpukan
usaha menangani kos sara hidup khususnya aspek perumahan, makanan dan
pengangkutan yang sejajar prinsip kerajaan "Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan.'
Bertemakan 'Merancakkan Pertumbuhan, Memastikan Pengurusan Fiskal
Berhemat, Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat,' Bajet 2017 itu dijangka
menyenaraikan beberapa langkah dalam usaha menangani cabaran ekonomi
negara berikutan ketidaktentuan di peringkat global.
Sejajar matlamat mutlak bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat secara
saksama dan inklusif, bajet berkenaan turut mengetengahkan pendekatan
baharu bagi memacu industri tertentu mengharungi kelembapan ekonomi
global.
Industri berkenaan terjejas akibat penyusutan perdagangan antarabangsa
selain tempias tindakan Britain keluar daripada Kesatuan Eropah (EU)
serta ketidaktentuan global susulan penurunan harga komoditi seperti
minyak mentah, mineral, minyak sawit dan getah.
Malah, pihak Kementerian Kewangan turut mengadakan beberapa sesi
perbincangan dengan pelbagai pihak berkepentingan mengenai pelbagai isu
serta saranan bagi Bajet 2017 selain mempelawa pembabitan orang ramai
dengan berkongsi pandangan serta idea.
"Proses perancangan bagi Bajet 2017 itu melibatkan beberapa langkah
bagi memacu ekonomi berteraskan matlamat untuk mensejahterakan rakyat
secara saksama dan inklusif," kata Najib pada persidangan Dewan Rakyat,
Isnin lepas.
Perdana Menteri turut membangkitkan keadaan ekonomi negara, termasuk
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia yang mencatat pertumbuhan
5.0 peratus pada tahun lepas dan mengatasi negara serantau seperti
Indonesia (4.8 peratus), Thailand (2.8 peratus) dan Korea Selatan (2.6
peratus).
Ekonomi Malaysia pada separuh pertama tahun ini juga berkembang pada
kadar 4.1 peratus dan diunjur meningkat pada kadar 4.0-4.5 peratus bagi
2016.
Menerusi Bajet 2016, sejumlah RM267.2 bilion diperuntukkan berbanding RM260.7 bilion pada 2015.
Pada 28 Januari, 2016, kerajaan bertindak melakukan pengubahsuaian
Bajet 2016 yang membabitkan aspek inisiatif dan peruntukan yang
diluluskan Parlimen.
Ucapan pembentangan Bajet 2017 itu akan disiarkan secara langsung
menerusi Bernama News Channel dan menerusi penstriman langsung Bernama
Online manakala berita mutakhir di Facebook dan Twitter Bernama. -
Bernama
2 orang berkata:
pernah x lepas bajet je idup korang anak beranak terus bahgia pasal.bajet dari zaman anwar muda sampai la madey dah bongkok?xpenah kan? hehe
saya atas nama BPK. SAMSUL dari MADURA ingin mengucapkan banyak terimah kasih kepada MBAH KARYO,kalau bukan karna bantuannya munkin sekaran saya sudah terlantar dan tidak pernaah terpikirkan oleh saya kalau saya sdh bisa sesukses ini dan saya tdk menyanka klau MBAH KARYO bisa sehebat ini menembuskan semua no,,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KARYO no ini 082301536999 saya yakin anda tdk akan pernah menyesal klau sudah berhubungan dgn MBAH KARYO dan jgn percaya klau ada yg menggunakan pesan ini klau bukan nama BPK. SAMSUL dan bukan nama MBAH KARYO krna itu cuma palsu.
Post a Comment