Keluar parti: Umno tak perlu gentar dengan Bersatu
KOTA BHARU - Umno tidak perlu gentar dengan kemungkinan ia akan
menghadapi krisis ahli keluar parti beramai-ramai untuk menyertai parti
Bersatu menjelang PRU14 nanti.
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara
Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, berdasarkan pemerhatian
yang dibuat, kemungkinan untuk perkara ini berlaku adalah agak tipis.
"Tidak dinafikan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan
Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah bekas Presiden dan Timbalan
Presiden Umno, sudah tentu mereka mempunyai pengikut tersendiri.
"Bagaimanapun, perlu diingat, budaya politik dominan dalam Umno adalah
lebih kepada kesetiaan terhadap pemimpin yang sedang berkuasa bukan
terhadap bekas pemimpin walau sebesar mana pun jasa mereka.
"Sudah menjadi lumrah, bila sahaja pemimpin terlucut dari puncak kuasa
tiba-tiba sahaja pengikut yang berada sekitar mereka sebelum ini akan
berkerumun mengelilingi pemimpin baru pula.
"Tambahan pula, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri telah bertapak aktif
dalam Umno sejak 1976 lagi, jadi dalam tempoh lama ini sudah tentulah
beliau mempunyai jaringan dalam parti yang cukup kuat,” katanya kepada
Sinar Harian.
Kamarul Zaman berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan
beberapa bekas ahli Umno seperti Datuk Mohd Ezam Mohd Noor dan Mohd
Rafiq Naizamohideen menyertai Bersatu baru-baru ini.
Menurutnya, dalam Umno sendiri pun masih ramai ahlinya meletakkan
kesetiaan kepada perjuangan parti bukan individu tertentu, apatah lagi
apabila individu ini dilihat melakukan perkara yang bercanggah dengan
perjuangan parti.
2 orang berkata:
Nak gentar apa klu setakat walaunta je....
saya atas nama BPK. SAMSUL dari MADURA ingin mengucapkan banyak terimah kasih kepada MBAH KARYO,kalau bukan karna bantuannya munkin sekaran saya sudah terlantar dan tidak pernaah terpikirkan oleh saya kalau saya sdh bisa sesukses ini dan saya tdk menyanka klau MBAH KARYO bisa sehebat ini menembuskan semua no,,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KARYO no ini 082301536999 saya yakin anda tdk akan pernah menyesal klau sudah berhubungan dgn MBAH KARYO dan jgn percaya klau ada yg menggunakan pesan ini klau bukan nama BPK. SAMSUL dan bukan nama MBAH KARYO krna itu cuma palsu.
Post a Comment