'Masuk senyum, keluar pun kena senyum'
PUTRAJAYA - Datuk Seri Lajim Ukin menegaskan bahawa beliau tidak
mempunyai sebarang masalah dengan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah
Ismail berkenaan dengan keputusannya keluar dari parti tersebut awal
bulan ini.
Bekas Pengerusi Perhubungan PKR Sabah itu berkata, mereka berdua sudah berbincang dan Wan Azizah menerima keputusannya itu.
“Saya sudah jelaskan kepada dia sebab utama saya keluar dari parti
adalah kerana orang Sabah inginkan parti tempatan dan dia dapat
menerimanya.
“Saya juga punyai prinsip di mana saya masuk dengan senyuman, maka saya
keluar pun dengan senyuman,” katanya ketika ditemu bual di Jabatan
Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS), di sini, hari ini.
Sebelum ini, Wan Azizah melahirkan rasa kecewa beliau dengan tindakan Lajim Ukin meninggalkan parti itu.
[ARTIKEL BERKAITAN: Wan Azizah kecewa tindakan Lajim Ukin]
Namun begitu, Wan Azizah juga sempat berpesan kepadanya untuk bekerjasama pada masa akan datang
“Buat masa sekarang, saya ingin fokus dengan parti baharu ini dahulu
dan lihat bagaimana sokongan rakyat kepada kami,” katanya lagi.
0 orang berkata:
Post a Comment