Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SIKIT PUNYA HAL DAH KECUH, TAIK MINYAK WALAUPUN NAMANYA TAIK TAPI IA HALAL


'Tidak haram makanan hanya kerana nama'
'Tidak haram makanan hanya kerana nama'

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), tidak akan mengharamkan makanan yang sudah popular hanya kerana nama.

"Kita menilai dari sudut kandungan bahan-bahan pemakanan tersebut, bukan menilai dari sudut nama," katanya pada sidang media selepas hadir dalam persidangan  Dewan Rakyat, di bangunan Parlimen, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jerai  berkata, tidak timbul langsung dengan dakwaan mahu mengharamkan mahupun menidakkan jualan dan makanan tersebut.

"Jakim tidak akan masuk restoran dan tarik sijil, arahkan tutup kedai dan sebagainya, tak timbul," tegasnya.

Jamil Khir berkata demikian bagi mengulas isu sijil halal rangkaian kedai roti Untie's Anne ke atas makanan pretzel  yang yang menjadi viral di internet.


"Nama ni macam-macam cekodok, tahi itik, macam-macam, tetapi benda itu sudah popular dengan nama tersebut jadi, tak  timbul langsung untuk nak haramkan, termasuk juga hotdog," katanya.

Bagaimanapun, katanya nama juga memberikan nilai kepada budaya dan masyarakat.

"Jadi ada perkara yang mungkin kita boleh tambah baik di kemudian waktu," katanya.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Pak karamu...
Kalu hot dog kita tukar jadi hot pork, pak karamu setuju tak???

Kalu nama pak karsmu tukar jadi pak taik, setuju tak? Kan nama aje. Orng masih sama...


Saja tanya.
Tak kan tanya pun marah...
Heeee

Anonymous said...

Nama yg baik utk brgn halal dpt meningkatkan pasaran. Org makan tak rasa was-was.

Kalu nama ada dog, kita nak makan pun was2. Klu was2 hukum dah jadi haram.

Cuba jual benda halal spt daging lembu dlm tin dgn nama beef fresh dog, agak2 nak ker walaunta beli dan makan???

Anonymous said...

Klu sup gear box kita tukar jadi sup gear pork, bankrup kedai makan kita.....walaupun yg kita jual tu sup tulang kaki lembu.

Klu tak percaya cuba pak karamu try....

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.