Pakar: Bajet 2017 bukan bajet PRU, tapi...
SHAH ALAM - Penganalisis ekonomi berpendapat Bajet 2017 yang bakal dibentang pada Jumaat ini tidak akan dipengaruhi oleh PRU14.
Menurut Pakar Ekonomi Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan
Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin,
Bajet 2017 kali ini adalah peluang bagi kerajaan untuk membuktikan
kepercayaan rakyat terhadap pemerintahan BN.
Menolak kemungkinan bajet kali ini memberi kelebihan buat pengundi BN,
Amir sebaliknya berkata, fokus kerajaan pada kali ini adalah dengan
menumpukan pemasalahan peningkatan kos sara hidup yang sedang ditanggung
rakyat.
“Selalunya orang akan kata bajet dipengaruhi oleh pilihan raya tetapi pada saya, ia tidak begitu.
“Ini adalah masa bagi kerajaan untuk memberi keyakian kepada rakyat
bahawa masalah mereka sedang diambil kira atau diteliti oleh kerajaan,”
katanya ketika dihubungi Sinar Online.
Katanya lagi, isu yang akan menjadi pemangkin utama pada pembentangan
Bajet 2017 kali ini adalah kos sara hidup rakyat, pengangkutan awam dan
ekonomi negara yang dikatakan berada di paras berjaga-jaga.
“Kerajaan perlu teliti kesemua aspek untuk memastikan rakyat terus mendapat manfaat dari Bajet kali ini.
“Jangan gusar dengan pemotongan bajet ke atas sesetengah kementerian.
Itu perkara biasa dalam pengurusan kerajaan. Tetapi bagi saya, kalau
perlu melalui pemotongan bajet dalam kementerian, maka semua kementerian
di bawah kerajaan perlu dipotong perbelanjaan. Tidak akan ada
kementerian yang dianaktirikan,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti
Malaysia Sarawak, Prof Dr Shazali Abu Mansor turut berpandangan sama
apabila ditanya tentang pembentangan Bajet 2017 Jumaat ini.
Katanya, bajet kali ini hanya melibatkan bajet urus tadbir negara dan tidak akan dipacu oleh faktor PRU.
"Kalau ada duit lebihan bolehlah kata bajet untuk PRU. Tidak kali ini.
Bajet kali ini hanyalah untuk kekalkan tadbir urus negara.
"Dengan keadaan ekonomi yang sangat ketat dan harga minyak rendah,
memang agak sukar bagi kerajaan untuk merancang bagi PRU akan datang,"
katanya ketika dihubungi Sinar Online.
Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu
laporan berkata, Bajet 2017 yang bakal dibentangkan kerajaan Jumaat ini
akan terus memacu serta memperkasakan ekonomi Malaysia demi
kesejahteraan seluruh lapisan rakyat secara inklusif dan saksama.
Beliau berkata, olahan serta perancangan terhadap Bajet 2017 dibuat
secara teliti dengan mengambil kira kesiapsiagaan negara berdepan
tempias ekonomi global yang tidak menentu.
Mengulas perkara sama, Najib berkata, walaupun kerajaan tidak mempunyai
kuasa untuk menghalang pergolakan geopolitik global, sentimen ekonomi
antarabangsa atau harga komoditi asas, namun beberapa langkah terbaik
sedang dilakukan dalam negara.
4 orang berkata:
Pok kara..mu sokonglah lg kerajaan hok zalim nih..mu pun serupo jah..baso lebai dedak..
Sekian lama saya bermain togel baru kali ini saya
benar-benar merasakan yang namanya kemenangan 4D
dan alhamdulillah saya dapat Rp.330 juta dan semua ini
berkat bantuan angka dari MBAH SANGKIL
karena cuma beliaulah yang memberikan angka
ghoibnya yang di jamin 100% tembus awal saya
bergabung hanya memasang 70 ribu karna
saya gak terlalu percaya ternyatah benar-benar
tembus dan kini saya gak ragu-ragu lagi untuk memasang
angkanya karna 4X berturut-turut saya menang
buat anda yang butuh angka 2d 3d 4d dijamin tembus
hubungi di nomor hp: (~0852~1049~3757~) MBAH SANGKIL
saya jamin beliau akan membantu kesusahan
anda apalagi kalau anda terlilit hutang trima kasih..
texans jerseys
ugg outlet
true religion jeans
oakley sunglasses wholesale
bears jerseys
jordan 4
ugg boots
christian louboutin
true religion outlet
michael kors handbags
Thank you for sharing an interesting and very useful article. And let me share an article about health here I believe this is useful. Thank you :)
Cara Menghilangkan Benjolan di Langit Mulut
Cara Menghilangkan ambeien/Wasir Secara Permanen
Inilah Penyebab Mual dan Muntah secara Tiba-tiba
Cara Menghilangkan Abses Payudara
Pengobatan Gagal Ginjal Tanpa Cuci Darah
Cara Menyembuhkan Selesma(Flu) dengan Cepat
Post a Comment