Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JIKA SILAP LANGKAH PEMBANGKANG PILIHANRAYA TAK ADA .......

Ambiga jangka PRU14 berlangsung tahun depan
Ambiga jangka PRU14 berlangsung tahun depan
Ambiga ketika hadir meraikan Majlis Sambutan Deepavali di Taman Pak Siong di sini.

PUCHONG – Bekas Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga menjangkakan Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) akan berlangsung tahun depan.

Beliau yang juga bekas presiden Majlis Peguam berkata, jika itu berlaku semua pihak harus bersedia bagi memastikan pilihanraya akan datang bersih tidak seperti yang didakwanya berlaku pada PRU yang lalu.

Ambiga mendakwa kerajaan mengaku menggunakan dana daripada 1MDB untuk PRU13 dan ia menyebabkan pilihanraya lalu didakwa tidak bersih.

“Adakah PRU 14 akan bersih? Saya rasa memang tidak bersih, tengok sahaja pecah sempadan yang nak dilaksanakan…ada banyak perkara yang tidak memuaskan. Ada lebih 800 bantahan dihantar ke Suruhanjaya Pilihan Raya,”katanya.

Menurutnya, yang dibimbangkan kini kira-kira 4.7 juta rakyat di negara ini belum mendaftar sebagai pengundi.

Jika sebahagian daripada jumlah itu mendaftar  sebagai pemilih katanya, tidak mustahil parti pembangkang boleh menang.

“Harap yang masih belum boleh pergi mendaftar, meski saya tahu ada sekatan mengatakan tiada borang dan sebagainya tidak mengapa, yang penting kita mesti cuba daftar pengundi baharu.

“Kalau separuh daripada 4.7 juta mendaftar ‘kita’ boleh menang PRU14…’kita’ yang dimaksud saya adalah rakyat boleh menang,”katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Deepavali di Taman Pak Siong di sini, malam tadi.

Hadir sama Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.

Terdahulu Ambiga mendakwa ada pihak takut dengan pendaftaran pengundi baharu kerana bimbang golongan itu tidak mengundi mereka.

“Mengapa mereka takut pengundi baharu?...sebab mereka tahu pengundi baharu tak akan undi mereka sama juga mengapa mereka takut kepada Himpunan Bersih dan  buat ugutan, adakah mereka tidak suka pilihanraya yang bersih? saya rasa begitulah.

“Bagaimana kita boleh pastikan pihak pembangkang menang, kita keluar ramai-ramai untuk PRU14,” katanya lagi.

Menyentuh mengenai Bajet 2017 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak baru-baru ini, Ambiga berkata, jika dilihat sekali lalu ia seperti bajet yang bagus.

Namun katanya, jika dikaji semula dengan mendalam bajet dibentang mempunyai banyak masalah.

“Mereka tidak bercakap benar mengenai bajet dibentangkan…inilah masalahnya,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.