‘Tetamu tidak diundang’
BAGHDAD - IRAQ. Kelmarin, Kerajaan Turki mengesahkan penglibatan
tentera negara itu dalam pertempuran di Mosul meskipun mendapat
tentangan Iraq.
Perdana Menteri Turki, Binali Yildrim berkata, tenteranya menyertai
pertempuran tersebut di atas permintaan tentera tempatan, Peshmerga
Kurdis yang sedang bertempur dengan pengganas Daesh di bandar Bashiqa,
timur Mosul.
Sehari sebelum itu, Haider ulang pendirian tidak benarkan tentera Turki
sertai pertempuran di Mosul, sekali gus menegaskan tenteranya mampu
melaksanakan sendiri tugas itu.
"Kami tahu mereka mahu turut serta tetapi 'terima kasih sajalah,' kami
tidak mahu bantuan mereka. Perkara ini (pertempuran) akan ditangani
sendiri oleh tentera Iraq dan mereka akan membebaskan Mosul serta
wilayah lain tidak lama lagi," kata Haider susulan pertemuan dengan
Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Ash Carter di Baghdad.
Dua negara itu berbalah mengenai kehadiran tentera Turki di kem tentera Bashiqa.
Iraq mendakwa tentera tersebut tidak dapat kebenaran pentadbiran
Baghdad untuk berada di sana dan beberapa kali meminta meninggalkan
negara itu. - Press TV
0 orang berkata:
Post a Comment