Jururawat terlibat kebakaran dalam keadaan stabil
JOHOR BAHRU - Seorang pesakit dan tiga kakitangan Unit Rawatan Rapi
(ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang terbabit dalam kebakaran
pagi, semalam berada dalam keadaan stabil dan tiada sebarang kematian
dilaporkan.
Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Rooshaimi Merican Rahim Merican
turut menafikan viral yang tersebar di laman sosial mengenai jururawat,
Nurul Ain Zularnain yang melecur dalam kejadian itu dikatakan sudah
meninggal dunia.
"Tiga staf dari ICU yang dirawat di sini (Hospital Sultan Ismail)
berada dalam keadaan stabil. Saya menafikan mengenai penyebaran viral
berkenaan (kematian Nurul Ain), dia berada dalam keadaan stabil.
"Seorang pesakit ICU yang terselamat dari HSA juga dipindahkan ke sini dan turut berada dalam keadaan stabil," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengiringi kunjungan
Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah ke Hospital
Sultan Ismail (HSI) menziarahi mangsa kebakaran HSA, pagi tadi.
Turut mengiringi baginda, isteri Tengku Mahkota Johor, Che Puan Khaleeda Bustaman dan isteri Menteri Besar, Datin Rosni Omar.
HSA dilaporkan terbakar pada kira-kria jam 9 pagi, semalam berpunca
dari wad rawatan kecemasan (ICU) selatan, bangunan induk HSA hingga
mengorbankan nyawa enam pesakit yang sedang menerima rawatan.
Ketika kejadian terdapat 294 pesakit sedang dirawat serta 193 kakitangan berada dibangunan berkenaan.
Mangsa yang maut termasuk empat pesakit wanita dan dua pesakit lelaki
manakala seorang lagi pesakit berjaya diselamatkan namun dilaporkan
melecur 80 peratus.
0 orang berkata:
Post a Comment