Kerajaan wajar betulkan persepsi mengenai GST
SHAH ALAM – Pihak kerajaan seharusnya membetulkan persepsi mengenai GST
yang didakwa menjadi medium untuk pastikan rakyat menbantu
menyelesaikan hutang negara.
Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial, Universiti Sains Malaysia (USM),
Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata kerajaan boleh membetulkan
persepsi tersebut dengan menyiarkan perincian pendapatan GST dan cara
ia diagihkan.
“Siarkan perincian pendapatan GST dan bagaimana ia diagihkan sama ada
untuk menyelesaikan hutang atau dikembalikan semula untuk kesejahteraan
negara.
“Selagi ia tidak dilakukan, ada pihak akan terus menggunakan isu ini
sebagai mekanisme untuk menzahirkan kemarahan ke atas parti pemerintah,”
katanya ketika dihubungi Sinar Online hari ini.
Sebelum ini, terdapat dakwaan bahawa GST menjadi penyelamat ekonomi
serta rakyat tidak akan dibebani dengannya jika pemimpin Umno dan BN
memerintah dengan penuh adil dan tiada ketirisan berlaku dalam
pentadbiran negara.
Menurutnya lagi, penerangan yang secukupnya diperlukan untuk mengelak
ketirisan dan jaminan bahawa ia tidak membebankan pengguna.
“Mungkin ada yang terkejut dengan kenaikan harga barang secara mendadak
sedangkan jika eksploitasi tertentu tidak dilakukan oleh pihak yang
tidak bertanggungjawab, ia dapat berjalan dengan licin.
“GST ini dilaksanakan di banyak negara dengan pemantauan yang
berterusan agar rakyat tidak terbeban mengikut perincian yang
ditetapkan,” katanya lagi.
1 orang berkata:
Kat uganda sana org asli undi walaunta. Tapi malangnya walaunta rosakkan hutan simpan tempat mereka hidup. Semuanya sbb walaunta nak cari duit cara mudah.
Tu ikut cara islam ker turrrr......
Post a Comment