Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PARTI PENYAMUN

Kesal aktiviti 'curi' ahli sesama parti pembangkang
Datuk Seri Lajim Ukin
Datuk Seri Lajim Ukin

KOTA KINABALU - Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan  Rakyat), Datuk Seri Lajim Ukin kesal dengan aktiviti 'mencuri' ahli parti dalam kalangan sesama parti pembangkang tempatan di Sabah.

Lajim berkata sikap mencuri seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana parti-parti berkenaan adalah sama-sama parti pembangkang tempatan Sabah.

"Tapi maklumlah, masing-masing (parti-parti pembangkang baharu) sekarang mencari  orang (ahli). Kita pun kesal sedikit kerana kita ini sama-sama pembangkang tetapi ada juga  yang mencuri ahli kita.

"Ini satu sikap yang saya rasa tidak perlu dilakukan oleh mana-mana parti," katanya kepada pemberita ketika mengumumkan barisan kepimpinan tertinggi parti itu di sini hari  ini.

Parti Harapan Rakyat diluluskan pendafatrannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 24 Oktober lalu.

Menurut Lajim, partinya itu tidak akan 'mencuri' ahli-ahli dari parti pembangkang tempatan namun berazam untuk mengajak ahli-ahli parti dari Semenanjung yang ada di Sabah untuk menyertai  parti berkenaan.

Lajim berkata parti berkenaan juga sedia bekerjasama dengan semua parti-parti pembangkang tempatan di Sabah selagi mereka sanggup menerima perjuangan partinya untuk menuntut pelbagai hak rakyat Sabah.

Ditanya mengapa perlu ada parti Harapan Sabah sedangkan matlamat perjuangannya lebih kurang sama dengan Parti Warisan Sabah (Warisan), Lajim berkata "kita mempunyai strategi tersendiri. Tak perlulah saya 'highlight' strategi itu".

Dengan kelulusan parti Harapan Rakyat, Sabah kini mempunyai dua buah parti pembangkang baharu untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 kelak. - Bernama

1 orang berkata:

Anonymous said...

Kat uganda ada parti penyamun balak

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.