Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Frankly Speaking

Tun M dedah surat 'rahsia' Musa Hitam
Tun M dedah surat 'rahsia' Musa Hitam
Surat yang ditulis oleh Tun Musa Hitam pada tahun 1984. -Foto blog che,det

SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menafikan dakwaan bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam yang sebelum ini menyatakan bahawa beliau meletak jawatan selepas dituduh cuba menyingkirkan perdana menteri.

Menerusi catatan terbaharu diblognya, bekas perdana menteri itu, telah menyiarkan dua pucuk surat yang ditulis oleh Musa kepadanya pada tahun 1984, bagi menafikan dakwaan tersebut.

"Untuk melihat bagaimana berterus terangnya cerita Musa tentang dirinya, sila baca kedua-dua suratnya. Salinan asal sukar dibaca, jadi saya menulis semula kandungan. Anda boleh membuat perbandingan," katanya.

Mahathir mendedahkan perkara itu bagi menjawab dakwaan penulisan Musa dalam buku baharu memoir Musa yang berjudul Frankly Speaking.

Jelas Mahathir, perkara sebenar adalah Musa meletak jawatan kerana tidak bersetuju dengan tindakannya menawarkan Tengku Razaleigh Hamzah jawatan menteri perdagangan dan perindustrian pada 1984.

Kedua-dua surat itu yang ditulis pada tahun 1984, yang mana surat pertama di tulis pada 5 Julai dengan paparan perkataan top secret (rahsia besar) di atasnya, manakala surat kedua pada 31 Julai.

Kandungan surat pertama menyatakan Musa menyenaraikan sebab mengapa beliau membantah tindakan Mahathir yang memberikan kepercayaan kepada Tengku Razaleigh Hamzah menjawat jawatan menteri di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.

Tun Musa Hitam ialah Timbalan Perdana Menteri kelima di Malaysia dari 1981-1986 di bawah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad sementara itu Tengku Razaleigh pernah menjawat jawatan sebagai menteri perdagangan dan perindustrian antara 1984 hingga 1987.

Musa meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1986, disebabkan percanggahan pendapat dengan Mahathir terhadap dasar-dasar negara.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Assalamualaikum... Maaf ya SOBAT saya mau jujur bahwa awalnya saya hanya mencoba-coba bermain togel karna saya terlilit hutang yang sangat banyak sekitar Rp 235 juta karna hutang saya banyak akhirnya saya mencari jalan pintas meskipun itu dilarang agama islam apa boleh buat nasi sudah jadi bubur dan akhirnya saya menemukan seorang dukun yang bisa membantu saya melalui jalan togel dengan lantaran bantuan MBAH WIRANG kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya karna itu semua berkat bantuan MBAH WIRANG dengan waktu yang singkat saya sudah membuktikan namanya keajaiban satu hari bisa merubah hidup kita menjadi kaya, buktinya angka pemberian MBAH 4D nya pada tanggal 23/10/2016 yaitu 9512 tembus alhamdulillah saya menang sebanyak Rp.480 juta dan alhamdulillah semua hutang-hutang saya sudah bisa terlunasih juga... Mungkin saudara/saudari diluar sana lagi butuh angka togel 2D|3D|4D silahkan konsultasi atau minta bantuan dengan MBAH WIRANG jangan takut anda bisa hubungi di nomer ( 082346667564 / +6282346667564 )

Tetap Semangat Semua Permasalahan Pasti Ada Jalan KeluarNya...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.