Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JIKA PEMBOHONGAN ITU BAHAYA MAKA SAMAN JE, MEREKA PERLU DIAJAR

Pas harap kerajaan bertindak terhadap 'pelampau media'
Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR - Pas berharap kerajaan mengambil tindakan sewajarnya terhadap golongan yang disifatkannya sebagai 'pelampau media' yang menyebarkan pembohongan mengenai pelbagai perkara menerusi kemudahan teknologi maklumat.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pihak berkuasa terutamanya Kementerian Komunikasi dan Multimedia perlu melakukan kawalan sebaik-baiknya bagi membendung keadaan itu daripada terus berleluasa.

"Kita berada dalam zaman yang mana bukan hanya muncul golongan pelampau yang menggunakan senjata, tetapi yang paling membimbangkan adalah kemunculan golongan pelampau media dan kita lihat hari ini pembohongan disebarkan ke seluruh dunia.

"Di sini peranan kementerian iaitu selain melakukan kawalan, ia perlu memberi kesedaran kepada orang ramai," katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak di pejabatnya di Angkasapuri di sini hari ini.

Abdul Hadi yang disertai Naib Presiden Pas, Idris Ahmad pada pertemuan itu, berkata beliau dan Salleh juga berbincang mengenai isu penculikan di Selatan Filipina yang mana rakyat negara ini menjadi mangsa.

Dalam hubungan itu beliau menawarkan diri untuk membantu jika kerajaan dapat menyediakan saluran untuknya berhubung dengan tokoh-tokoh Islam di Selatan Filipina bagi mencari penyelesaian untuk membebaskan mereka yang diculik.

"Di sana ada tokoh-tokoh agama, maka mereka perlu kita hubungi untuk membantu membebaskan mereka yang diculik tetapi ia perlu dilakukan melalui saluran kerajaan," katanya.

Ditanya mengenai maklum balas Salleh terhadap isu-isu yang dibangkitkan, Abdul Hadi berkata Salleh memberikan reaksi positif dan akan mengambil langkah-langkah sesuai melalui kementeriannya.

Ditanya sama ada ada sebarang perbincangan berhubung kerjasama Pas dan Umno berlaku pada pertemuan itu, Abdul Hadi berkata: "Tidak. Tidak ada kerjasama. Kita mahu jadi pembangkang yang memberi nasihat, kita bersatu dalam perkara yang sama dan tidak berpecah dalam perkara yang berbeza." - Bernama

3 orang berkata:

Anonymous said...

Hahaha...
Penasihat jugak
Cukuplah sekadar penasihat

Anonymous said...

Presideng Pas dinasihatkan samang SR. Jangang jadi lebai munafik.

Usop ali said...

bangang bertingkat nampaaknya lebai malang ni

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.