Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PANDIKAR GAGAL KAWAL DEWAN

Keluar dewan beramai-ramai tindakan tak matang
 Ismail Sabri Yaakob
Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR - Tindakan ahli Parlimen pembangkang keluar dewan semasa pembentangan Bajet 2017 di Parlimen semalam menggambarkan ketidakmatangan politik.

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihak pembangkang sepatutnya menggunakan saluran yang betul untuk menyuarakan rasa tidak puas hati dan bukannya bertindak biadap meninggalkan dewan.

“Mungkin seperti dirancang sebab mereka ada plakad. Kalau benar, mereka memang tidak peduli apa yang dibentang dalam Belanjawan 2017 bentang.

"Mereka tidak tunjuk kematangan. Inilah standard pembangkang negara ini, " katanya ketika ditemui pemberita selepas berakhirnya pembentangan Bajet 2017, semalam.

Kecoh di dewan semalam apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan mendakwa pemimpin pembangkang menuduh negara sedang mengalami ribut ekonomi.


Berang dengan kenyataan Perdana Menteri itu, ahli Parlimen pembangkang bangun serta-merta bersama plakad #SiapaMO1? sekali gus menukarkan suasana tenang dewan kepada hingar-bingar tidak terkawal.

Keadaan tidak terkawal itu menyaksikan campur tangan Pandikar yang akhirnya terpaksa mengarahkan ahli Parlimen meninggalkan dewan sekiranya tidak mahu mendengar isi pembentangan Bajet 2017.

Seketika kemudian, rata-rata ahli Parlimen pembangkang khususnya DAP, PKR dan Amanah bertindak bangun meninggalkan dewan.

4 orang berkata:

Anonymous said...

Pas bagus tak tinggalkan dewan.
Presden dia je tak bagus.
Kenapa kerusi dia kosong?
Cirit birit ker?

Anonymous said...

Tak matang.
Bodo.
Besok perbahasan jgn tanya soalan bodo plak

Anonymous said...

dia dah kawan umno maknanya x kelua dewan tu jihad..
kalo dia kawan dap,kelua dewan tu jihad..hehehe..ko terbalik2kan je..sifir dia gitu

Anonymous said...

Dr kepala sampai hijung ekor memang bangang...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.