Selain Husni, siasat juga semua menteri Kabinet
KUALA LUMPUR - Pas mendesak polis supaya menyiasat seluruh menteri Kabinet berkaitan isu 1MDB.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, siasatan
itu perlu untuk mendapat kepastian apakah mereka dengan sengaja
mengelirukan orang awam mengenai 1MDB.
"Jika (Datuk Seri) Ahmad Husni Hanadzlah perlu disoal siasat, seluruh
Kabinet juga perlu disoal siasat ," katanya dalam satu kenyataannya hari
ini.
Katanya oleh itu, Pas menasihatkan polis agar tidak membazirkan
tenaga dan masanya untuk menemuramah Husni yang telah dipanggil ke Ibu
Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.
"Sebaliknya, polis perlu terus menyiasat kes 1MDB yang sudah tertangguh lama," katanya lagi.
Malah,ujar Tuan Ibrahim pada 20 Oktober yang lalu Ketua Polis Negara,
Tan Sri Abdul Khalid Abu Bakar berkata, polis masih pada tahap mengesan
saksi bagi melengkapkan kertas siasatan berhubung 1MDB.
"Soalan Husni di bawah sebenarnya perlu dijawab polis dan Peguam Negara dan bukannya membawanya untuk disoalsiasat," katanya.
Terdahulu Husni dalam perbahasan di Dewan Rakyat baru-baru ini berhujah
mengenai 1MDB antaranya bertanyakan tujuan syarikat itu ditubuhkan, dan
pelbagai lagi persoalan mengenai 1MDB.
0 orang berkata:
Post a Comment