Jawatan TPM: Pendedahan Tun M beri pengundi pilih
KEMABONG - Pendedahan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa DAP mahukan
jawatan Timbalan Perdana menteri jika pembangkang menang PRU14, penting
terhadap landskap politik kerana ia akan menentukan masa depan negara,
kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Beliau berkata ini kerana pengundi kini mempunyai "pilihan politik".
"Jika mereka mahu Lim Kit Siang menjadi Timbalan Perdana Menteri dan
Menteri Kewangan, dengan itu mereka boleh memilih "Pakatan yang
diterajui DAP" dalam pilihan raya umum akan datang.
"Malah, Tun Dr Mahathir (bekas Perdana Menteri dan Pengerusi Parti
Pribumi Bersatu Malaysia) membuat pendedahan penting membabitkan politik
negara itu pada 17 Januari tahun ini.
"Tun Dr Mahathir secara tidak langsung bersetuju dengan dakwaan (bekas
Naib Presiden DAP) Tunku Aziz bahawa Lim Kit Siang akan menjadi Timbalan
Perdana Menteri dan menteri kewangan jika Pakatan memenangi PRU14,"
katanya.
Salleh berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program
'Connecting The Unconnected' (CTU) dan Komuniti Dashboard di Dewan
Komuniti Sri Ontoros, Kemabong, dekat sini, hari ini.
Pada Rabu, Dr Mahathir dilaporkan berkata DAP telah meminta supaya
pemimpin parti itu diberi jawatan timbalan perdana menteri sekiranya
pembangkang menang pada PRU akan datang.
Terdahulu dalam ucapannya, Salleh juga menyifatkan Dr Mahathir sebagai
pemimpin yang tidak berpendirian kerana sering mengubah pendirian dan
pandangannya mengenai isu-isu penting.
"Sebelum ini, beliau (Dr Mahathir) bersama-sama kami (Umno/Barisan
Nasional) dan kami menghormatinya kerana beliau telah menyumbang kepada
negara.
"Tetapi kini, Tun Dr Mahathir bersama-sama pembangkang dan mahu
meruntuhkan Umno... kita tidak boleh benarkan ini berlaku," katanya.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau
berpendapat Dr Mahathir bersikap amat tidak wajar apabila mahu
menjadikan Lim Kit Siang sebagai calon Timbalan Perdana Menteri,
sedangkan sebelum ini beliau melabelkan ahli politik DAP itu sebagai
rasis. - Bernama
7 orang berkata:
Sebar fitnah dr sumber org umno pulak. Pas memang no 1. Terbaek!
Mukhris, kit siang, mahathir dah nafikan. Korang nak jugak buat fitnah. Tunggu je la surat saman dr mukhris.
Bg tpm kat dap pun x apa. Jgn bagi kat perompak dan pemakan dedak.
Jgn lantik kaki ponteng jadi tpm. Hancur negara.
Perhimpunan haram. Permit tak ada. Sapa pergi dia kira bughah sbb lawan pemimpin. Kena tangkap masuk lokap
Tapi korang nak pergi ikut suka korang la. Cuma jangan baring kat jlm raya mcm kat kuala kangsar dulu. Buat maku umat aje
KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada DATOK atas nomor yang AKI
beri 4 angka [7427] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 750 JUTA , wassalam.
Post a Comment