Banjir: masyarakat minta beri kerjasama
SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan
Kassim meminta agar penduduk memberikan kerjasama berikutan maklumat
mengatakan peningkatan paras air berisiko di Sungai Golok.
Menurutnya, sebagai persediaan menghadapi bencana ini,penduduk sekitar
diminta memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pasukan penyelamat dalam
usaha mereka memindahkan orang ramai ke tempat yang lebih selamat.
“Ibu bapa dan orang-orang dewasa harus memantau kanak-kanak agar tidak
bermain air banjir, khususnya di laluan yang digunakan oleh bot dan
jentera penyelamat.
“Selain itu, penduduk juga haruslah melaporkan sekiranya terdapat
pesakit-pesakit yang uzur dan terlantar atau ibu-ibu mengandung yang
memerlukan perhatian khas,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Setakat ini, ePortal Banjir Kerajaan Negeri sehingga jam 12 tengah hari
jumlah mangsa bertambah kepada 4,218 orang membabitkan 1,455 keluarga
ditempatkan di 50 pusat pemindahan.
[ARTIKEL BERKAITAN: Mangsa banjir di Kelantan terus bertambah]
2 orang berkata:
Kesian org kelantan.
Kurangkanlah jual balak tu.
Cari duit cara lain la.
Buat kilang ke.....kan bagus.
Jgn fikir nak senang je.
Otak pakai la sikit.
Banjir ni sbb air hujan dr hulu gi ke hilir. Air melempah keluar sungai sbb sungai cetek. Sbb apa sg cetek? Sbb hakisan tanah dimendapkan ke sungai.
Macamana boleh jadi hakisan? Sbb hutan dah pupus dan air hujan hakis tanah mendap ke sungai. Kalu ada pokok, pokok serap air, akar pokok pegang tanah drp terhakis.
Nak selesaikan banjir mcm mna?
1. Hentikan tebang hutan.
2. Tanam semula hutan. Bukan tanam durian kunyit. Jangan jadi bangang. Durian kunyit tanam kat kebun.
3. Jaga hutan simpan. Jangan tebang hutan simpan. Dah elok dah org asli halang tapi ada pihak besar kepala. Bodoh sombong.
4. Dalamkan semula sungai. Korek. Jgn guna duit beli banglo, ranger, vw, velfire... guna utk dlmkan sungai dulu sbb ranjer, vw dan velfire tak boleh pakai kat dlm banjir..
5. Buat benteng ditepi sungai supaya air tak melempah. Cari duit dgn guna otak. Jgn nak buat benteng tebang hutan simpan pulak...tak berbaloi.
6. Buat tebatan banjir. Cth mcm tasik. Time tak banjir bole bela ikan. Jgn bela sotong pulak. Mampooos pulak sotobg tu kang.
Banjir tu adalah bala oleh tangan2 pemimpin kita. Bala sbb kita yg pilih pemimpin mcm tu....
Post a Comment