Bot pancung karam: 10 lemas, dua dijumpai selamat
MERSING - Sebuah bot pancung dari Batam, Indonesia dilaporkan karam
selepas dipukul ombak kuat dekat perairan Tanjung Rhu, Tanjung Leman
awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superitendan Cyril Edward Nuing
berkata, pihaknya percaya bot yang membawa kira-kira 40 penumpang itu
cuba memasuki Malaysia lewat malam tadi.
"Sembilan mayat iaitu tiga lelaki dan enam wanita ditemui terdampar di
tepi pantai oleh nelayan manakala seorang lagi lelaki ditemui kira-kira 6
petang.
"Ada dua mangsa terselamat iaitu seorang lelaki dan seorang wanita yang
kita temui di kawasan pantai dan hutan ditemui sekitar 11 pagi,"
katanya kepada pemberita di pusat kawalan tempat kejadian di sini,
petang tadi.
Mangsa yang terselamat dikenali sebagai Zainal Abidin, 28 warganegara
Malaysia berdasarkan kad pengenalan penduduk tetap yang ditemui
bersamanya manakala mangsa wanita dikenali sebagai Helmy, 20 dari
Surabaya.
Manakala kesemua mayat yang ditemui tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.
Difahamkan hasil maklumat diterima, bot pancung dari Batam menuju ke
Malaysia itu bertolak sekitar jam 8.30 malam tadi dan karam sekitar 4
pagi dekat perairan Tanjung Rhu akibat dipukul ombak.
Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dihubungi
nelayan yang menemui mayat terdampar kira-kira jam 9 pagi tadi.
Ketika kejadian hujan lebat berserta angin kuat dan ombak dianggarkan setinggi 2.5 meter sehinga 3 meter.
Menurut Cyril, operasi mencari di laut masih tidak dapat dijalankan
ekoran keadaan ombak yang tinggi berukuran antara 3.5 meter hingga 4.5
meter.
"Operasi ditamatkan sekitar jam 5 petang selepas kesemua jenazah
selamat dibawa naik ke markas dan akan dihantar ke Hospital Sutan Ismail
(HSI) Johor Bahru untuk bedah siasat.
"Setakat ini (jam 5 petang) tiada sebarang tangkapan mahupun penemuan
baharu. Dua yang terselamat itu sedang menerima rawatan," katanya.
Sinar Harian difahamkan pihak Hospital Mersing yang merawat Zainal Abidin, keadaannya stabil.
Sementara itu, Konsulat Jeneral Republik Indonesia di Johor Bahru, Wino
Sumarno berkata, pihaknya akan memantau operasi tersebut bersama pihak
berkuasa Malaysia.
"Kita akan ikuti PDRM untuk selamatkan mangsa dahulu. Jika mangsa
meninggal dunia, kami akan cari keluarga mereka dan maklumkan kepada
keluarga.
"Kami sangat berterima kasih kepada agensi penguatkuasa Malaysia atas kerjasama yang diberi," katanya ketika ditemui di lokasi.
2 orang berkata:
Kapal pas pun akan karam pada tahun 2017 ini. Amin
pakkaramu...bot indonesia karam yang kamu sibuk...jelas kamu ni indon....yang melayu bakal karam semua disebabkan cina kamu tak kisah...blog kamu masih mengiklankan nombor ekor dari bangsat indon....bangsa yg munafiq islam...bukan semua...
Post a Comment