Buli: Cari punca sebenar
SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan Malaysia perlu mencari punca sebenar
masalah buli yang berlaku kepada sesetengah pelajar sekolah di negara
ini.
Melahirkan kebimbangan, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan
Man berkata, penyelesaian harus difikirkan segera sebelum gejala buli
menjadi kebiasaan dalam dunia pelajar sekolah.
“Dasar dan sistem pendidikan di negara ini harus disemak dan dikaji
semula. Pihak guru tidak harus dipersalahkan 100 peratus dalam kes
melibatkan buli.
“Kesalahan tidak boleh diletakkan kepada guru sahaja. Semua pihak
sebaliknya perlu memainkan peranan dalam hal ini,” katanya kepada Sinar
Online, hari ini.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar
menyatakan rasa kesal berhubung kes buli yang semakin berleluasa.
Nurul Izzah berkata, sehingga kini masih terdapat kes buli yang
dianggap terlepas dari menerima hukuman atau pembalasan dari pihak
sekolah.
[ARTIKEL BERKAITAN: Nurul Izzah kesal buli masih berleluasa]
Kementerian dalam masa sama turut dinasihat mengkaji semula kewujudan
dan keberkesanan sekolah pemulihan akhlak yang beroperasi di seluruh
negara.
“Isu buli adalah isu yang retorik. Setiap masa isu ini berbangkit.
Kementerian perlu buat penilaian sejauh mana keberkesanan terhadap
sekolah pemulihan akhlak di negara kita.
“Kita tak nak bila mereka (pelajar bermasalah) dikumpulkan dalam satu
tempat, mereka bukannya berubah menjadi baik, sebaliknya membentuk
pengaruh yang tidak baik di kalangan mereka,” katanya lagi.
2 orang berkata:
KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [4612] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 750 JUTA , wassalam.
Org dah lupa agama. Olarmak pulak sebok main politik sampai ke tehran, tak de masa nak ceramah agama. Ceramah tajuk solat pun boleh kuar perkara dap...
Post a Comment