KIT SIANG MUNGKIN TAK MINTA JAWATAN TPM
YANG MINTA MUNGKIN DAP ?
PERDANA MENTERI AKAN DIPEGANG OLEH
MUKHRIZ MAHADHIR TIMB LIM KIT SIANG
PADA JAWATA LAIN MUGKIN PKR DAN PAN, TAPI
P. HARAPAN KENA BAGI PAN PKR MENANG
DULU, KALAU KALAH ?JADI BADUT
KALAU DAP BANYAK MENANG KERUSI
TAKKAN DAP NAK BAGI TPM ITU
TAK ADILLAH
DAP KENALAH PEGANG PM, DAN DAP KENALAH
BAGI RAMAI SIKIT CALON MELAYU
BARU BETUL ADA
SEMANGAT DEMOKRASI
-Pak Karamu-
Seronok pula lihat orang agih jawatan: Tuan Ibrahim
SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak
dapat mengelak dari berkongsi rasa 'seronok' apabila beberapa parti
pembangkang didakwa mula berbincang tentang pengagihan jawatan dalam
kerajaan baharu.
Katanya, parti pembangkang mula membahagi jawatan sehingga tidak sedar untuk memelihara kepentingan pengundi di negara ini.
"Terkadang naik seronok juga bila memikirkan beberapa parti pembangkang sibuk nak agihkan jawatan dalam kerajaan baru nanti.
"Siapa nak jadi Perdana Menteri. Siapa pula nak jadi Timbalan Perdana
Menteri. Dan siapa pula yang jadi Menteri Kewangan," sindirnya dalam
kenyataan, semalam.
Menurut beliau, tanpa sedar, parti-parti pembangkang itu telah
mengabaikan gerak kerja jentera parti untuk bersedia pada pilihan raya
akan datang.
"Seronok berteori atas meja dan membahagi-bahagikan jawatan sama sendiri.
"Jentera parti tidak dipedulikan. Cawangan tak ada. Petugas parti tidak
dibina, latihan dan kursus tidak diadakan," katanya lagi.
Menurut beliau lagi, pembangkang sepatutnya sedar yang mereka kini berdepan dengan kesukaran untuk memenangi hati pengundi.
Dengan pelbagai janji manis yang ditabur BN, kata Tuan Ibrahim lagi,
pembangkang sepatutnya bekerja lebih kuat dalam usaha memenangi hati
rakyat.
"Di waktu yang sama pelbagai "dedak" diumumkan oleh kerajaan untuk terus menggengam rakyat marhaim dan pengundi sasaran.
"Akhirnya, siapa yang akan dinobat oleh rakyat?" soalnya.
Cakap-cakap mengenai adanya pakatan sulit antara Bersatu dan DAP untuk
menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir
dan jawatan timbalan perdana menteri kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang
dinyatakan oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim pada
31 Disember tahun lalu.
Mengikut pakatan sulit itu, Kit Siang juga dikatakan akan menjadi menteri kewangan.
Tunku Aziz telah mencabar Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad
dan Kit Siang untuk membuat perakuan bersumpah menafikan tuduhannya.
Kit Siang bagaimanapun, menafikan bahawa DAP meminta jawatan timbalan perdana menteri jika pembangkang memenangi PRU14.
8 orang berkata:
Apa nak hairan DAP bukan sebuah parti berlandaskan kaum seperti Umno, MCA atau MIC. Jadi tidak perlulah dirisaukan keahlian dari Melayu di dalam DAP. Mungkin akan berlaku suatu masa nanti DAP sendiri akan dimonopoli oleh Melayu. Tetapi yang pasti Umno, MCA dan MIC hanya parti yang berlandaskan kaum dan amat rasis.
...dan pas lagi hina sebab sanggup pergunakan agama untuk raih undi.
Kes pecah amanah najib rosmah PAS buat2 pekak badak, semua jadi ulama bisu. Sanggup pulak tu kerjasama dgn UMNO. Hancur malaysia kalau ditadbir penjual agama.
Org pas jgn buat2 tak tau pulak. Yg merompak akan masuk neraka. Yg sekongkol dgn perompak pun akan masuk neraka juga.
Tangan2 yang melingkupkan hutan simpan dan menganiaya org asli sampai jadi bah besar akan masuk neraka. Yg menyokong, yang memangkah mereka ni pun akan masuk neraka jugak.
Yg sebar fitnah khabar angin, yg memaki hamun barua2, yg mentakfiri orang, yg nak tanam org dlm jirat cina akan masuk neraka. Yg menyokong dan pangkah mereka pun akan ikut masuk neraka.
Sebab apa?
Sebab org jahat tak dengar perintah Allah memang kompom masuk neraka. Dalam Quran ada sebut banyak kali.
Dalam hadis kalu rajin cari, akhir zaman ada ulamak sulk. Nama aje ulamak tapi Allah akan humban dalam neraka.
Sebab apa?
Sebab jual agama. Sebab buat hukum ikut suka dia dan tak ikut hukum hudud dalam Quran. Kita kena pandai bezakan ulamak sebenar dgn ulamak sulk. Salah ikut kita pun ikut masuk neraka sekali.
Ulamak yg nak kita ikut ni bukan saja yg beriman, soleh, warak. Tapi ulamak tu tidak maki hamun, tidak mengumpat, tidak memfitnah, tidak mabuk sex, tidak menunjuk2 kekayaan, tidak menzalimi orang lain, tidak menindas org bawahan, tidak mengkafirkan org lain, tidak berbohong, tidak salah guna duit cikgu agama dan banyak lagi.
Ulamak jahat jangan diikut. Nanti kita sama2 jadi jahat. Orang jahat masuk neraka.
Anon 4.11.Klu ko nk cari ulamak macam ko cakap ni.. mcam ulamak ko la.. guna utk baca doa. Baca talkin dll.
Tak ada la macam saidina umar yg tegas.
Ko duduk dalam gua la...
Post a Comment