Umno akan sertai Himpunan RUU 355 jika dijemput
KUALA LUMPUR - Umno dijangka membincangkan penyertaan mereka dalam
Himpunan Mega mengenai pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah
(Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355.
Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata perkara itu akan
dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 27 Januari ini,
sekiranya parti itu mendapat jemputan rasmi daripada Pas.
"Kalau ada jemputan atau sekiranya mereka (pucuk pimpinan parti) sudah
menerima jemputan, saya pasti Setiausaha Agung (Datuk Seri Tengku Adnan
Tengku Mansor) akan membawa perkara ini dalam mesyuarat.
"Mesyuarat Umno masih awal daripada tarikh yang dicadangkan Pas untuk
mengadakan himpunan itu di Dataran Merdeka pada 18 Februari depan, jadi
kita lihat dulu bagaimana" katanya selepas melawat Pusat Pembelajaran
Permai di Ampang.
Annuar berkata beliau berpendapat, himpunan itu perlu dilakukan dan
mendapat kerjasama semua pihak sekiranya ia melibatkan usaha dalam
memberi penjelasan berhubung RUU 355.
"Secara peribadi, saya berpendapat, apa sahaja usaha untuk memberi
penjelasan dan penerangan harus dialu-alukan kerana pihak yang membawa
RUU persendirian ini berhak memberi penjelasan.
"Kita tidak harus prejudis dan melayan perkara ini secara emosi kerana
Pas bertanggungjawab, malah seharusnya memberi penjelasan kepada bukan
sahaja umat Islam tetapi orang bukan Islam," kata Annuar.
Ditanya mengenai ketegasan MCA membantah rancangan Pas untuk
menganjurkan himpunan tersebut, Annuar berkata parti komponen Barisan
Nasional (BN) itu berhak menyuarakan pendapat.
Beliau berkata semua pemimpin Barisan Nasional (BN) perlu duduk secara
bersama bagi mendengar suara semua parti komponen berhubung pelaksanaan
RUU 355.
Pada 24 November lepas, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
membawa usul Rang Undang-Undang Persendirian iaitu Rang Undang-Undang
Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat. -
Bernama
2 orang berkata:
Sabar datok....pru 14 tak lama lagi dah. Peluang datuk nak jadi MB besor sangat. Tapi datok dah boleh kemas2 baju. Lepas pru 14 boleh terus pindah masuk rumah MB kelantan. Kita sokong 100% datok....
Jgn risau datok.
Kita tak undi Pas dah.
Dah serik dah, datok... pangkah pas pun habuk tarak.
Post a Comment