Konflik Mukhriz - BN: Pas tak akan bagi muka
SHAH ALAM - Pas hari ini menegaskan tidak akan 'memberi muka' terhadap
BN mahupun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Kedah.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dengan
adanya konflik antara BN dan dengan Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz
Mahathir, ia akan membuka jalan mudah untuk Pas menawan negeri itu pada
PRU akan datang.
“Kedah antara negeri yang kita fokus. Dengan kekuatan jentera parti, mungkin kita akan dapat sokongan daripada pengundi.
“Saya kira konflik antara BN dan Mukhriz membuka mata untuk memilih Pas,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Mukhriz baru-baru ini mengaku berdepan kesukaran menawan kembali Kedah.
Bagaimanapun, katanya, usaha untuk menawan kembali negeri itu akan
diperkukuh dan dilipat gandakan meski sedar yang Kedah kini berada di
tangan BN.
Menurut Mukhriz, antara kesukaran yang terpaksa ditempuhi pihak Bersatu
termasuk kesukaran untuk mendapatkan tempat untuk berceramah dan
berkempen di negeri itu.
3 orang berkata:
Tapi aku rasa konflik mukhris dgn BN ni akan menyebabkan kelantang tergolek dog laa...
Tolong jaga sikit lebai dol tu. Bateri dia pun dah selalu sangkut2. Takut lepas pru bateri expire plak..
Tolong la titm
Tolak je permintaan bersatu tu.
Kita kuat.
Kita gerenti menang 3 penjuru.
Ahli kita 3 juta.
Jangan takut.
99% memang kita boleh menang besar
Post a Comment