Bukan sayang BN tapi Amanah dan DAP puncanya
PUCHONG – Ketidakhadiran pimpinan parti Pas pada Majlis Pelancaran
Bersatu di Stadium Malawati, malam Sabtu lalu bukan disebabkan sayang
kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dan ingin bersekongkol
dengan parti itu.
Sebaliknya, keputusan dibuat disebabkan kehadiran Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP pada majlis tersebut.
Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, Pas tidak
mempunyai hubungan politik dengan kedua-dua parti tersebut menyebabkan
pimpinan sebulat suara mengambil keputusan tidak hadir ke pelancaran
parti Bersatu.
Iskandar berkata, pihaknya kecewa pelbagai tuduhan dan dakwaan dilempar
kepada Pas kerana isu ‘tidak hadir’ tersebut termasuk mengatakan ia
seolah-olah menghina Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan
parti-parti pembangkang lain.
“Kita tidak hadir kerana kebetulan sebahagian kami ada urusan lain,
saya dapat tahu Tun M mengatakan Pas seolah-olah hanya berpura-pura
melawan Umno dan nak pecah-belahkan undi supaya BN menang.
“Tun tak patut katakan demikian kerana ahli Pas dah banyak jadi mangsa kezaliman Umno dan BN,” katanya.
Beliau berkata, Pas ketika ini bertempur dengan Umno dan BN di semua peringkat.
“Kita memang ada pertempuran sekarang ini… memang berlaga dengan Umno di semua peringkat.
"Jadi tak betullah jika katakan Pas tak hadir ke majlis pelancaran
kerana nak adakan kerjasama politik dan sebagainya dengan BN.
Ketidakhadiran kami hanyalah perkara kecil,” katanya.
Iskandar berkata, Pas tiada masalah untuk menjemput pemimpin parti itu untuk bersama-sama dalam program dianjur mereka.
"Kita pernah jemput, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam
program dianjur dan bakal mengadakan program bersama Timbalan Presiden
Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam masa terdekat.
“Kita tiada masalah dari segi hubungan dengan Bersatu, jadi tidak betul dakwaan dilempar kepada kami.
“Mereka yang tuduh kami sayang BN dan Umno perlu kaji semula sejarah
politik Malaysia, lihat apa yang dilalui Pas, memang kita tak akan lupa
apa yang dilakukan oleh kerajaan Umno/Barisan Nasional,” katanya.
4 orang berkata:
Betul tu pak karam. Dua parti virus tu Umno dan Pas. Hapuskan dua2 ni utk selamatkan Melayu dan Islam.
dimana amanah dan dap berada, disitu pas alergik nk pergi.
bykkan amanah dan dap.. maka pas akan menjauhkan diri.
biasanya yg menjauhkan diri ini org yg bersalah.
Dlm kerajaan selangor..boleh pulak nkau duduk..dasar lebai bangsat..
Klu x sayang umno masakan sanggup berUG, berpimpin tangan dan berpeluk2 sedondon??
Ishhh....mengarut la pak karam ni.
Sekilas ikan di air kita dah tau jantan betina!! Heeeeee
Post a Comment