Selangor, Perak terjejas banjir, Terengganu pulih
KUALA LUMPUR - Hujan lebat yang berlarutan sejak petang semalam
menyebabkan dua lagi negeri iaitu Selangor dan Perak dinaiki air dan
menjejaskan penduduk di beberapa daerah.
Dengan pertambahan dua negeri tersebut, jumlah negeri yang terjejas
banjir setakat pagi ini meningkat kepada enam negeri termasuk Kelantan,
Johor, Sabah dan Sarawak, sementara Terengganu pulih sepenuhnya pagi
ini.
Di Selangor Jurucakap Bilik Gerakan Bencana Daerah Sabak Bernam
memaklumkan seramai 152 mangsa banjir dari Pekan Sungai Besar dan Pekan
Parit Baru terpaksa dipindahkan ke dua pusat pemindahan iaitu di Dewan
Sri Bernam dan pusat pemindahan Dewan Parit Baru.
Di Perak, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata
seramai 334 orang mangsa banjir ditempatkan di tujuh pusat pemindahan
banjir di tiga daerah negeri itu iaitu di Manjung (197 orang), Larut (90
orang) dan Hilir Perak (27 orang).
Di Johor jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan di
seluruh negeri itu meningkat kepada 1,457 orang berbanding 177 orang
semalam.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Banjir Negeri Johor (JPBN),
Datuk Ayub Rahmat berkata kesemua mangsa ditempatkan di 19 pusat
pemindahan di lima daerah seluruh negeri iaitu di Kota Tinggi (838
orang), Segamat (459 orang), Johor Bahru (83 orang), Tangkak (43) dan
Kluang (34 orang).
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 3,344 orang
pagi ini berbanding 3,325 orang malam tadi dengan kesemua mangsa
ditempatkan di 24 pusat pemindahan yang dibuka di Jajahan Kota Bharu
(157 orang), Pasir Puteh (2,573 orang), Pasir Mas (570 orang) dan Kuala
Krai (44 orang).
Di Sabah, jumlah mangsa banjir di Pitas dan Paitan juga kekal 824 orang
yang kesemuanya ditempatkan di lapan pusat pemindahan di dua daerah itu
iaitu di Dewan Kampung Kubambangan (30 orang) dan Dewan Kampung
Binsulung (45 orang).
Sementara itu Dewan Kampung Kusilad (128 orang), Dewan Kampung Sinukab
(76 orang), Dewan Komuniti Kampung Indah (137 orang), Dewan SK
Salimpodon (35 orang), Dewan SK Rukom (59 orang) dan Dewan SK Pekan
Pitas 2 (314 orang).
Di Sarawak, Sektretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak
(JPBNS) dari Angkatan Pertahanan Awam (APM), Mejar Ismail Mahedin
berkata seramai 460 murid daripada lapan buah sekolah rendah di negeri
itu tidak dapat meneruskan sesi persekolahan hari ini kerana banjir
sejak semalam.
Lapan buah sekolah tersebut ialah empat di Bintulu iaitu SK Kuala Sigu,
SK Genaan, SK Bukit Mawang dan SK Kuala Binyo dan empat sekolah di Miri
iaitu SK Rumah Ranggong, SK Long Sobeng, SK Kuala Bok dan SK Long
Loyang. – Bernama
2 orang berkata:
Jgn sampai ada yg tinggal dlm khemah mcm org pelarian bertahun lamanya.Spt berlaku di Kelantan.
Kejaan negeri miskin, duduk dlm khemah sajalah.
Post a Comment