Pas rayu DBKL, tetap mahu himpun di Dataran Merdeka
KUALA LUMPUR – Pas hari ini mengemukakan rayuan kepada Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur (DBKL) supaya membenarkan Dataran Merdeka sebagai lokasi
penganjuran Himpunan RUU355.
Pengerusi Sekreteriat Himpunan RUU355, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
berkata, pihak DBKL perlu faham himpunan tersebut merupakan satu
himpunan aman dan penganjurannya tidak akan menjejaskan sikap
hormat-menghormati antara kaum di negara ini.
“Kami telah menerima surat dari DBKL bertarikh 13 Januari lalu yang
menolak permohonan kami bagi mengadakan Himpunan RUU355 di Dataran
Merdeka.
“Dalam penolakannya, DBKL langsung tidak memberikan sebarang hujah
mengapa permohonan kami ditolak. Pihak kami membuat rayuan bagi
meneruskan Himpunan RUU355 di Dataran Merdeka,” katanya dalam kenyataan,
hari ini.
Mengulas lanjut, katanya, himpunan itu perlu diadakan di Dataran
Merdeka kerana ia satu himpunan sejarah rakyat yang cintakan keamanan
dan keharmonian dalam kehidupan.
“Sekretariat memberi jaminan bahawa himpunan ini akan menyerlahkan
bentuk himpunan aman sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta
Perhimpunan Aman,” katanya lagi.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pas ajak menteri sertai Himpunan 355]
Untuk makluman pihak DBKL katanya lagi, pihaknya juga akan menyediakan
2,000 petugas dan sukarelawan bagi memastikan himpunan itu berjalan
sebagaimana yang dirancang.
“Pihak kami menggesa agar DBKL dapat menimbang semula permohonan kami,
dan pihak kami akan memastikan perjalanan himpunan akan berjalan dengan
penuh tertib dan tenang,” ujarnya.
6 orang berkata:
Ada 2 perhimpunan kot.
Satu sokong
Satu tentang
Aku tak nak gi. Sbb tak dpt permit. Tu kira perhimpunan haram. Kena tangkap polis masok lokap. Susah kalu hilang kerja dan naik turun mahkamah.
Gi pancing siakap lagi pekdah.
Kalu 30 juta yg dtg pom, tak guna jugak. Tak pekdah jugak. Sbb yg undi kat parlimen cuma 222 orang mp je...
Klu pas nak berhimpun dbkl benarkan, besok org lain nak berhimpun dbkl kena benarkan jugak la.
Susah la peniaga nak cari makan kalu asyik nak berhimpun.
Kalau nak berhimpun pegilah kat rusila, marang sana. Kat situ nak buat 7 hari 7 mlm tak sapa halang
Biar le derang nak berhimpun pun. Wat per nak halang. Ni negara demokrasi. Padang merbuk tu tempat awam. Tempat dbkl. Bukan tempat pas...
Post a Comment