Tak salah calon DAP jadi TPM
MENTAKAB – Pembangkang mendakwa tidak ada salahnya jika timbalan
perdana menteri dilantik daripada calon DAP sekiranya calon itu mampu
mengubah negara ini.
Ketua pembangkang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, dia
menganggap sesiapa pun yang dicalonkan layak asalkan mampu membawa
negara ini ke arah yang lebih baik.
“Walaupun buat masa ini kami cuma ada dua saja yang menang dan mewakili
Parlimen orang Melayu iaitu di Bukit Bendera dan Raub) tetapi tidak
mustahil akan muncul lagi beberapa wakil-wakil DAP Melayu yang
berkaliber mungkin turut menang, mengapa mesti dipolitikkan Lim Kit
Siang atau Lim Guang Eng?,” soal Zulpuri.
Beliau ditemui semasa menjawab beberapa isu berkaitan jawatan TPM yang dimainkan media di pejabatnya di sini semalam.
Zulpuri yang juga Adun Mentakab berkata, rakyat sudah bagi peluang
kepada Umno sebagai tulang belakang BN mentadbir negara ini lebih 57
tahun.
“Tidak kiralah siapa yang jadi PM atau TPM yang pentingnya mengikut
perlembagaan negara dan dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja, biarpun ia
dari DAP, PKR, Amanah atau Bersatu, bagi kami peluang untuk
menyelamatkan negara ini,” katanya.
1 orang berkata:
Janji pm bukan perompak dan kaki ponteng
Post a Comment