Dokumen CIA: Pas mahu Mahathir disiasat
SHAH ALAM - Pas mendesak agar satu kertas siasatan dibuka ke atas Tun
Dr Mahathir Mohamad berikutan pendedahan terbaharu oleh Agensi Perisikan
Pusat (CIA) melibatkan pelbagai skandal di bawah pentadbiran perdana
menteri paling lama itu.
Menurut Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Nurul Islam Mohamed
Yusoff, info badan antarabangsa itu tidak boleh dipandang ringan kerana
ianya bukan sahaja cantuman daripada begitu banyak kerugian pada masa
lalu semata-mata.
"Tetapi lebih utama, perlunya siasatan dari pihak berkuasa negara
berikutan dakwaan bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad
Khalid sendiri bahawa pada ketika itu tiada siasatan dilakukan walaupun
saiz kerugian dialami negara amat besar iaitu AS$ 10 billion," katanya
dalam satu kenyataan.
Oleh itu ujar, Nurul Islam, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti segera bertindak
atas maklumat tersebut.
Malah katanya lagi, ianya juga demi menyelamatkan kreadibiliti dan
integriti Malaysia yang terjejas dengan pelbagai dakwaan skandal sebelum
ini berkaitan 1MDB juga melibatkan banyak pihak serta jumlah yang
sangat besar kewangan.
"Ianya juga bagi membolehkan prosedur perundangan dapat dilakukan ke
atas mereka yang terlibat sekiranya didapati bersalah," katanya lagi.'
Mengulas lanjut, Nurul Islam berkata, inilah masanya untuk kita
membuktikan ketelusan dan kecekapan badan-badan penguatkuasaan berkaitan
serta membuang keluar segala dilema selama ini akibat dari birokrasi
dan kediktatoran yang mencengkam.
"Palitan kekotoran lalu mesti dibersihkan, sekali gus hak pihak-pihak
pernah teraniaya dapat dikembalikan, selain memulihkan semula sistem
negara yang ternoda kembali ke landasannya," katanya.
Katanya lagi, kini sudah tiba masanya rakyat mengetahui perkara
sebenarnya yang tersirat di sebalik pelbagai skandal yang pernah didakwa
berlaku di zaman Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.
"Kerajaan Malaysia, Bank Negara, PDRM dan SPRM perlu membongkar
sedalamnya skandal BMF dan Forex 1992 agar keadilan dapat ditegakkan,"
katanya.
Baru-baru ini media melaporkan, satu dokumen rasmi oleh badan risikan
Amerika Syarikat (AS) mendedahkan mengenai skandal perbankan besar yang
didakwa turut membabitkan Pengerusi Bersatu itu.
Menurut The Asian Correspondent, dokumen itu, antara 13 kertas siasatan
yang dikeluarkan oleh CIA, juga mempertikaikan respons pentadbiran
Mahathir dalam mengendalikan kerugian kira-kira AS$1 bilion itu.
3 orang berkata:
Elok sangat lah tu.
Kita nak tengok duit tu masuk kat akaun bank siapa pulak. Mintak hj hadi buat laporan polis hari selasa ni. Jangan tunggu lepas pru, nanti basi.
Sbb tu kena tukar parti. Kalu tak tukar, lain kali dia jadi balik
Tapi kena pilih parti yg elok sikit la. Kalau Salah pilih parti kang habis tanah bapak kita dia pacak bangunan buat tugu.
Post a Comment