Amanah, PKR perlu rampas pengundi Pas: Suhaizan
SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) dan PKR berusaha mendapatkan
undi dan sokongan daripada pengundi Pas, kata Setiausaha Organisasi
Amanah, Suhaizan Kayat.
Menurut Suhaizan, beliau yakin peluang kemenangan mampu menjadi milik
pembangkang sekiranya mereka memperoleh undi sokongan daripada pengundi
Pas.
"Kajian yang telah dilakukan oleh invoke menyatakan jika berlaku
pertandingan tiga penjuru maka 21 peratus pengundi akan menyokong Pas,
24 peratus pengundi akan menyokong Pakatan Harapan, 40 peratus menyokong
BN dan 14 peratus pengundi lagi tidak mahu mengundi.
"Jika dipecahkan kepada segmen pengundi kita boleh memperoleh undi daripada pengundi Pas," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Ujarnya lagi, barisan pembangkang yang terdiri daripada Amanah, PKR,
DAP dan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) perlu memberi fokus pada
keupayaan masing-masing.
Menurutnya, sudah tiada keperluan bagi PKR dan Bersatu bertangguh masa untuk berbincang dengan Pas.
"Semakin lewat membuat keputusan semakin baik bagi agenda Pas dan Umno.
"Bersatu perlu fokus pada pengundi yang tidak tegar dalam Umno. DAP
pula perlu mencari jalan mengekalkan sokongan masyarakat Cina kepada
barisan pembangkang," katanya lagi.
Beliau bagaimanapun menjelaskan agenda yang dibawa tidak boleh menakutkan pengundi Melayu.
"Agenda bersama Pakatan dan Bersatu perlu dizahirkan bagi membuktikan
bahawa mereka adalah barisan pembangkang yang kuat dan mampu melawan BN
untuk membuat perubahan.
"Tiada kenyataan yang bercanggah dan mengelirukan rakyat. Agenda ini
mampu mengurangkan pengundi yang kecewa dengan agenda perubahan dalam
negara," jelasnya.
12 orang berkata:
Betul tu ada seekor belaan husam yg selalu duduk meroyan di bloq Pakkaramu tu.cuma itu lebih sesuai utk dibuat lauk.itulah kegumaan puak pengkianat
Betul tu.
Hahaha
Pan akan lawan pas
PKR, dap, bersatu akan undi Pan.
Habis sapa nak undi pas?
Org asli?
Manga banjir?
Ika Comey akan undi pas
Betul ke suruu Al ehsan tak nak urus jenazah? Cuba baca blog milo suam.
Fardhu kifayah tu, lebai..
Tahun 1984 semasa yusof Noor cadang tambah hukuman pesalah syariah dlm ruu, mp pas nik Aziz tolak.
Sbb tolak ialah ruu tu ciptaan manusia. Tidak wajib sokong hukum Ruu ciptaan manusia klu hukum Allah @ hudud sudah ada dlm Quran.
Apatah lagi klu hukuman tu tak sama dgn hukum yg Allah dah buatlah dlm Quran.
Malangnya, manusia yg menyahut ulamak spt skrg ni terlalu memandai2. Adakah ulamak lebih pandai drp Allah?
Cuba rujuk Quran utk kezaliman dlm RUU. Adakah hukuman ya sama?
Hehehe...tar snake
Anda sekor belaan hadi
Yuck!!!!
Perhimpunan haram. Dbkl tak bagi permit. Gi la kalau nak masuk lokap....
Memang pkr dap bersatu akan undi Pan... tapi berapa ketoi jer undi korang. Hi..hi..
Berapa ketoi ko kata?
Mau tegolek pas klate la
Kenapa pas risau sangat kalu pkr, bersatu, dap, mangsa banjir dan orang asli undi pan kat kelantan?
Pas kan ada umno tolong...
Jangan la risau sangat. Relax la
Post a Comment