Pas mahu Islam memerintah
ALOR SETAR - Pas perlu mengukuhkan kedudukan dengan mempertahankan
Kelantan selain kembali memerintah Terengganu dan Kedah, termasuk
menerajui Selangor serta memperoleh sekurang-kurangnya 40 kerusi
parlimen.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, walaupun sukar
beroleh majoriti 112 kerusi namun Pas berasa bertanggungjawab
mempertahankan Islam dan memastikan Islam memerintah negara ini.
“Jika kita berjaya, baharulah Umno tidak angkuh atau sombong seperti
dahulu, selain membolehkan berlakunya perubahan politik dalam negara,”
katanya pada Majlis Taklimat Khas Presiden dan Dana Sumbangan Kompleks
Pas Kedah di Kota Sarang Semut, kelmarin.
Menurutnya, ketika itu Pas menjalin tahaluf siyasi bersama pembangkang
hampir menumbangkan BN apabila memenangi 89 kerusi parlimen. Pas 21
kerusi, PKR (30) dan DAP (38).
Katanya, wujud keadaan tidak seimbang dalam kedudukan politik dan
jumlah kerusi Islam menyebabkan Pas melakukan muraja’ah semula terhadap
tahaluf siyasi.
“Mungkin ada yang tidak menyedari kedudukan 89 kerusi pembangkang itu.
Ini perlu difahami, daripada 89 kerusi pembangkang, 39 adalah Islam dan
50 bukan Islam. Ada cadangan untuk lakukan undi tidak percaya untuk
ubah kerajaan,” katanya.
Menurutnya, dengan menambah 30 kerusi bukan Islam dari BN, maka
kerajaan boleh dijatuhkan sekali gus membentuk kerajaan baharu dengan
kedudukan Islam 39 kerusi dan bukan Islam 80 kerusi.
“Pas bukan bersikap perkauman namun realiti di negara ini yang harus
kita akur, Islam merangkumi 65 peratus, Cina (25 peratus) dan India
serta lain-lain (10 peratus), ia Siyasah Syar’iyyah yang perlu
difahami,” katanya.
Abdul Hadi berkata, adakah wajar bagi kerajaan diperintah oleh Islam
dengan 39 kerusi, di mana kerusi bukan Islam memiliki jumlah yang lebih
besar?
“Ini tidak tepat, asas bangunan apa yang kita mahu letak di atasnya?
Mereka yang tidak faham itu menubuhkan Amanah, manakala Tun Dr Mahathir
Mohamad hanya mahu mempertahankan kedudukannya tanpa mempedulikan
Islam,” katanya.
Abdul Hadi berkata, Mahathir pernah melakukan persempadanan semula
kawasan pilihan raya semata-mata mahu menyingkirkan Pas, apabila
menjadikan jumlah pengundi mencecah 120,000 dalam satu parlimen di
Kedah, Terengganu, Kelantan dan utara Perak, berbanding di Johor sekitar
20,000 sahaja.
Mengenai pindaan Akta 355, Abdul Hadi berkata, pindaan pindaan adalah untuk memperkasa bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Katanya, isu melibatkan kepentingan umat Islam perlu diberikan lebih masa untuk difahami semua pihak.
5 orang berkata:
PAS Parti Ajaran Syiah berimamkan Ayahtolah Hadi permainkan hukum Allah serta peralatkan Islam dulu, kini dan selamanya. Yg menyokong walaun2 biol 1% IQ akan masuk neraka krn bersubahat.
sudah2lah ikut perangai Abu Jahal
Abu jahal tu walaun2 biol dlm Parti Ajaran Syiah. Sudah2lah bersubahat dgn lebai2 penunggang agama peralatkan Islam.
Islam apa kalu kerja kafirkan orang
Kat mulut je cakap Islam, parti Islam. Perangai? Islam bukan tengok kat serban Dan janggut je
Post a Comment