'Bukan DAP minta jawatan, tetapi MCA'
SHAH ALAM - Menerusi tulisan di blognya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad tampil memperbetulkan kenyataan berhubung dakwaan DAP
meminta dilantik jawatan Timbalan Perdana Menteri.
"Saya dilaporkan berkata DAP telah meminta untuk dilantik jawatan
timbalan perdana menteri. Saya ingin betulkan kesalahan itu, bukan DAP,
sebaliknya MCA,” jelas beliau dalam blognya.
Sebagai bukti, Mahathir turut memaparkan satu laporan daripada Jabatan
Penerangan Malaysia bertarikh April 2009, yang memaklumkan bahawa
Timbalan Setiausaha Agung MCA, Datuk Loke Yuen Yow dalam laman webnya
menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mewujudkan jawatan
timbalan perdana menteri dan timbalan pengerusi BN untuk diisi
presidennya bagi mencerminkan 'perkongsian kuasa sebenar'.
Dalam kenyataan itu, Yuen Yow berkata, jawatan kedua timbalan perdana
menteri untuk presiden MCA bukan sahaja merealisasi konsep perkongsian
kuasa, tetapi juga menunjukkan kerajaan beri kepentingan terhadap
peranan dan sumbangan kaum Cina dalam proses pembinaan negara.
Semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menafikan dakwaan bahawa
DAP mahukan jawatan timbalan perdana menteri jika pembangkang menang
PRU14.
Menurutnya, DAP tidak pernah membincangkan perkara itu dengan mana-mana
pihak termasuk Mahathir dan tidak pernah membuat apa-apa tuntutan untuk
jawatan berkenaan.
3 orang berkata:
Untaa pas fitnah Tun nyanyuk pulak dah.... Terbaiklah. Pas memang kaki fitnah terbaik ker?
Mudah2an Pas kalah dan Kelantan jatuh ke tangan Amanah. Amin ya Rob
Sila baca portal kementerian penerangan april 2009. Siapa mintak jawatan tpm?
Kahkahkah...sila baca milo suam. Heeeeee
Post a Comment