DAH PECAH TEMBELANG, MAHADHIR DAH KANTOI !!!
-Pak Karamu-
MCA tidak pernah minta jawatan TPM
PORT DICKSON - Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan bahawa MCA pernah
meminta jawatan timbalan perdana menteri diberi kepada parti itu seperti
yang didakwa Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri berkata sepanjang beliau memegang jawatan nombor satu
negara, tidak pernah sekalipun parti komponen BN itu meminta diberi
jawatan nombor dua negara dan jawatan Menteri Kewangan.
"Baru-baru ini didedahkan bahawa DAP meminta minta jawatan TPM dan
Menteri Kewangan, bila orang Melayu dah naik marah, dia kata MCA pula.
Sejak saya jadi PM, tak pernah MCA minta jawatan TPM. Ini satu
pembohongan.
"Saya nafikan dan saya minta MCA juga menafikan. MCA dah dapat tiga
jawatan menteri pun dia dah berterima kasih. Jangan banyak sangat
U-turn," kata Najib, yang menyifatkan bekas perdana menteri itu sebagai
'jaguh U-turn' kerana sering mengubah pendirian dalam beberapa kenyataan
yang dikeluarkannya.
Najib berkata demikian dalam ucapan sambutan ulang tahun ke-60 Kelab
Bell Belia Tamil Malaysia di Dewan The Grand, Lukut di sini, hari ini.
Turut hadir Presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramaniam, Menteri Besar
Datuk Seri Mohamad Hasan, Speaker Dewan Negara Datuk Seri SA
Vigneswaran, Presiden MyPPP Tan Sri M Kayveas, bekas Presiden MIC Datuk
Seri S. Samy Vellu dan Naib Presiden Gerakan Datuk A. Kohilan Pillay.
Dr Mahathir sebelum ini dilapor berkata DAP mahu jawatan Timbalan Perdana
Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
Menerusi laman blognya pada Jumaat, bekas perdana menteri itu membuat
pusingan U dengan memperbetulkan kenyataannya sebelum ini bahawa yang
meminta jawatan berkenaan adalah MCA, bukan DAP.
Berucap di hadapan kira-kira 3,000 hadirin, Najib bagaimana pun meminta
rakyat supaya jangan terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang sering
kali membuat pusingan U.
"Jangan dengar cakap pembangkang, negarawan kita dah cakap melalut
sekarang. Dia cakap nak hapuskan GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan)
yang memberi hasil RM41 bilion.
"Mana nak dapat duit nak buat klinik, hospital? Bayangkan kesihatan
minta, pelajaran minta, bagaimana nak dapat? Duit tak datang melayang
mesti datang daripada sumber," katanya.
Najib berkata rakyat perlu faham bahawa pembangkang boleh berkata
sesuka hati, dan sering membuat pusingan U apabila timbul masalah.
Terdahulu, perdana menteri berkata rakyat khususnya golongan belia di
negara ini harus memiliki minda yang canggih, bertaraf dunia, pemikiran
yang tidak bersempadan dan diisi dengan pengetahuan serta ilmu untuk
bersaing di masa hadapan.
"Tetapi kalau ilmu sahaja tidak berpaksi kepada akhlak, nilai dan
budaya, akal sahaja tidak bermakna. Kita nak dua-dua sekali.
"Kita mahu kukuh dalam nilai murni, kukuh dalam budaya dan sejarah kita
sendiri...kukuhkan jati diri kita tetapi (perlu) mengantarabangsakan
minda kita," katanya.
Najib dalam pada itu menarik perhatian bahawa walaupun kaum India
merupakan 7.4 peratus daripada penduduk Malaysia keseluruhan, namun
mereka banyak memberi sumbangan terhadap pembangunan negara.
"Kalau ikut sejarah, memang tidak dapat dinafikan masyarakat India
memberi sumbangan besar dan kita perlu mengiktiraf sumbangan kaum
India," katanya.
Kelab Bell Belia Tamil Malaysia yang ditubuhkan pada 1956 memiliki
24,552 anggota dan 292 cawangan di seluruh negara dan diwujudkan bagi
mempromosikan kebudayaan, kesenian serta bahasa Tamil.
Pada majlis sambutan itu, Najib menyampaikan cek bernilai RM2.18 juta
untuk pembangunan sekolah-sekolah Tamil di negeri ini yang diterima oleh
Mohamad. - Bernama
10 orang berkata:
Hadi pembohong berjubah dan berserban besar. Dah baham rm90juta tapi tak mengaku. Kata nak saman SR, tapi tak buat. Mmg jenis pembohong serban besar.
Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!
1"Dikejar-kejar hutang
2"Selaluh kalah dalam pasang NOMOR
3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi NOMOR
4"Anda udah kem-m tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat
Solusi yang tepat jangan anda putus asah...AKI akan membantu
anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:
butuh NOMOR 2D ,4D, 6D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub:KI JAYA DI NO: [[[085-321-606-847]]]
ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D
ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/
ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/
ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/
ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND
ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D
DAN PESUGIHAN TUYUL
Cuba tengok laman web kementerian penerangan April 2009. Pak karamu tolong baca betul2. Dah baca baru kompomkan sama ada Tun tipu atau tidak.
Jangan malas nak tanya lebai google sbb lebai google tak tipu mcm lebai dol....malas bertanya lebai dol, pak karam akan jadi bengap. Kalau malas, cuba tanya milo suam....
Sapa tipu?
Biasanya kaki tipu akan terus menipu.
Kaki fitnah akan terus memfitnah.
Hahaha...hampas
Dlm laman web kem penerangan april 2009, ada sebut parti mca mintak tpm. Betul ker? Mintak penjelasan pak karamu...
Pak karam sudah kantoii
Apalah pak karam neh...malas buat rujukan.
Baru saja semalam MCA mengakuinya dan meminta Tun M jangan membangkit perkara lalu tapi hari pula Najib dengan tiada maruah menafikan. Sudahlah tiada maruah, menipu dan bohong menjadi-jadi Najib sekarang, mungkinkah ini dinamakan sebagai sudah buang tabiat?
Pok kera mu pembohong bersiri
Pok & kera kena adil,baru 8thn jadi pm
cuma ada kedai,klinik 1 malaysia,uitc brim,tapi duit habis berbilion,cukai naik,subsidi ditarik,hutang naik berkali ganda,tanah dijual,pastu asyik menafi,menipu yg semuanya dibuktikan .ada kah mmg kena begini utk jadi pemimpin ???..
Kalu lebai dol jadi pm, semua bole ponteng...best wow
links of london
chrome hearts online
yeezy boost 350
pandora bracelet
nike roshe run
patriots jersey
lacoste outlet
nike air zoom
nike zoom
nike air max
Post a Comment