Forest City: Johor perlu perjelas status tanah
SHAH ALAM – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri
Muhyiddin Yassin meminta Kerajaan Johor menjelaskan tentang dasar
penjualan tanah di negeri itu kepada pelabur asing.
Menurut Muhyiddin, beliau ingin tahu sama ada dasar tanah yang telah
dijual kepada pelabur asing itu berstatus hak milik kekal atau
sebaliknya.
“Sebenarnya, yang berlaku di Forest City bukanlah pelaburan asing,
tetapi penjualan tanah kepada syarikat asing. Ketika saya menjadi
Timbalan Perdana Menteri, saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tanah
Negara yang dihadiri oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri,”
katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, dasar kerajaan pada ketika itu adalah tanah-tanah yang dijual
kepada pelabur asing mestilah tidak berstatus hak milik kekal.
“Ini penting supaya tanah-tanah ini tidak jatuh ke tangan pihak asing.
Adakah dasar ini telah tidak dipatuhi oleh kerajaan negeri Johor ketika
meluluskan penjualan tanah-tanah di Forest City kepada syarikat asing?
“Adakah dasar mengenai pemilikan tanah oleh orang asing telah berubah?
Persoalan ini perlu dijawab oleh kerajaan negeri Johor dan kerajaan
Persekutuan,” katanya.
Mengulas dasar terdahulu, katanya, kerajaan menyediakan tanah untuk
mereka mendirikan kilang-kilang tetapi tanah ini tidak dimiliki secara
kekal oleh syarikat-syarikat asing.
“Tanah-tanah ini dimiliki secara sementara dan apabila tempoh pajakan
tamat, ia mesti dikembalikan semula kepada kerajaan. Daripada pelaburan
asing ini, rakyat mendapat manfaat dari segi peluang-peluang pekerjaan,
pemindahan teknologi dan limpahan ekonomi di kawasan sekitar. Di samping
itu, negara tidak kehilangan tanah kepada syarikat asing.
“Soal tanah adalah bidang kuasa negeri tetapi apakah kerajaan negeri
boleh mengenepikan dasar pemilikan tanah oleh warganegara asing dan
sekatan-sekatan yang biasa dikenakan ke atas pemindahannya boleh
diketepikan begitu sahaja hanya dilihat dari sudut keuntungan wang
ringgit semata-mata tanpa mempedulikan soal hak dan kedaulatan negeri?”
katanya lagi.
5 orang berkata:
Tak apa.
Lama2 besok china tu akan sokong dap. Tunggu aje la, masanya akan tiba. Time tu baru kita garu kepala.
Negeri yg dah maju, biasanya akan memihak kpd pembangkang. Cthnya Penang dan Selangor.
Johor pun akan jadi mcm tu kot...
Lebih untung kalu dibandingkan dgn tanam durian kunyit.
Durian kunyit dah berbuah??
Sebelum undi pas, tanya dulu bila lebuhraya rakyat di klate nak siap??
Elok hadi istihar harta. Rm90juta masuk bawah jubah, bila nak saman SR?
Post a Comment