Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MENTERI WILAYAH BERLAGAK ..........AJAR !!!

Netizen berang menteri larang kapcai masuk KL
kapcai masuk KL
Gambar hiasan
 
MAJORITI netizen meluahkan rasa kurang senang, serta tidak bersetuju dengan cadangan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk melarang motosikal berkapasiti enjin kecil atau 'kapcai' memasuki Kuala Lumpur.

Semalam laporan berita tempatan melaporkan Tengku Adnan yang popular dengan panggilan Ku Nan berkata, langkah itu diambil sebagai langkah mengurangkan kadar pelepasan karbon.

Kata Ku Nan, pihaknya akan melaksanakan larangan itu sekiranya harga tambang pengangkutan awam berpatutan.

"Pada waktu siang, populasi (dalam bandar) meningkat kepada antara lima dan tujuh juta kerana pekerja berulang-alik ke tempat kerja.

"Kebanyakan bandar utama tidak membenarkan penggunaan motosikal 'kapcai'," kata Ku Nan lagi.
Menurut Hazwan, dia naik hairan dengan cadangan Ku Nan itu, kerana baginya berbanding kapcai, kenderaan yang berkapasiti besar lebih banyak melepaskan karbon.

"Antara kereta, lori dengan motor kapcai yang banyak lepas karbon ini adalah lori dengan keretalah, hairan aku...", tulisnya memberi komentar berkenaan isu itu.

Sementara itu menurut Ilyas pula dia pula berpandangan cadangan itu 'menindas' golongan bawahan.

"Beginilah nasib rakyat marhaen, ditindas sentiasa," komentarnya.

Dalam pada itu menurut Mohd Shahrul pula berkata ramai yang menaiki motosikal kapcai bukannya sebab tidak mampu untuk membeli kereta tetapi sebab nak elak kesesakan lalu-lintas di bandar Kuala Lumpur.

"Ramai sahaja yang naik kapcai walaupun ada Civic Turbo di rumah, kalau semua kena naik kereta bertambahlah sesak," tulisnya.

Safrizal pula mempersoalkan kenapa motosikal kapcai sahaja dipersalahkan atas kapasiti pelepasan karbon.

"Isu di sini...tambang pengangkutan awam sekarang amat jauh berbeza mahalnya berbanding isi minyak motosikal kapcai...Sangat tidak efektif dan agak tidak masuk akal bagi abang (abg) despatch/abg runner/abg fast food delivery/abg tong gas/abg posmen dan sewaktu dengannya untuk menggunakan LRT ataupun Bas sebagai medium pengangkutan," ujarnya.

4 orang berkata:

Unknown said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada DATOK atas nomor yang DATOK
beri 6 angka [817118] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus DATOK.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu DATOK. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan DATOK..
sekali lagi makasih banyak ya DATOK… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi DATOK IBRAHIM MAT ZIM,,di no (((085-342-064-735)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 2 JUTA RINGGIT , wassalam.

Anonymous said...

Buang aje lah iklan judi tu. Sedut nama Allah lagi. Apa nak jadi dengan umat lslam sekarang.

Anonymous said...

Tar Snake and the germany cap movies in 30 episode drama

Unknown said...

Ini semua gimmik PRU14 sahaja. Nanti piem kata pulak, tidak benar bahwa kerajaa tidak prihatin kepada rakyat marhaen. So cadagan ku nang di tolak. So her come the hero.

Rakyat marhen tadi yang marah (kononnya) kembali sokong ubn, kita sayang piem.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.